Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘hujan’

AIM MASIH DITAKUK LAMA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terbabit dalam menjayakan Anugerah Industri Musik 16 ( AIM16 ) yang diadakan di PWTC pada 2 Mei 2009 yang lepas.

Tidak dapat dinafikan bahawa AIM16 adalah sebuah platform yang sangat disegani di dalam mengangkat dan menghargai bakat karyawan muzik tempatan, tanpa mengikuti trend anugerah yang berdasarkan undi sms dan populariti.

Tetapi, saya amat kecewa dan berani mengatakan bahawa AIM16 masih ditakuk lama dan tidak     ‘bebas ‘sepenuhnya apabila album Lentera Timur dinobatkan sebagai Album Terbaik bagi AIM16. Saya berani menyatakan bahawa keputusan ini bukan saja tidak dipersetujui oleh saya dan peminat-peminat musik di Malaysia bahkan diakui oleh ramai lagi karyawan-karyawan musik tempatan yang lain.

Biar saya nyatakan justifikasi kukuh untuk kenyataan yang saya nyatakan di atas. Pertama, pihak AIM16 seolah-olah ingin menafikan bahawa musik yang dibawa oleh kugiran bebas  ( Independent ) yang dipelopori oleh Hujan, Meet Uncle Hussein, Estranged, Bunkface, Bittersweet, Couple, Awanband, dan banyak lagi kugiran-kugiran bebas baru yang telah berjaya memberikan nafas baru kepada industri musik tanahair kita yang suatu  ketika tenggelam dikuasai oleh karya-karya dari seberang. AIM sepatutnya mengiktiraf karya-karya kugiran atau penyanyi bebas yang bertanding seperti Hujan untuk menyuntik semangat mereka untuk menghasilkan album yang lebih baik pada masa hadapan. Sebaliknya, AIM masih ingin mengangkat album yang berasaskan pop etnik sebagai Album Terbaik. Keputusan yang sangat kelakar  dan bias.

Alasan yang diberikan oleh salah seorang  daripada 11 individu yang yang bertindak sebagai penerbit album tersebut juga sangat kelakar. Beliau menyatakan bahawa kolaborasi yang melibatkan banyak penerbit untuk menghasilkan sesuatu album sangat tinggi cabaranya. Beliau juga menyatakan bahawa mungkin ciri inilah yang dilihat oleh juri-juri  berbanding album yang dihasilkan oleh seorang komposer.

Walaupun beliau tidak menyatakan nama komposer tersebut, tetapi saya rasa semua orang tahu yang kata-kata itu ditujukan kepada Noh Hujan, yang menerbitkan album HUJAN. Kemudian, saya merujuk pula kepada kata-kata orang kuat AIM yang bertindak sebagai penerbit AIM16, mewakili Persatuan Akademi Industri Musik Malaysia ( Akademi ). Saya bersetuju dengan pendapat beliau mengenai konsistensi, aspek vocal, dan susunan musik yang ditelah dicurahkan ke dalam penghasilan album Lentera Timur. Siapa yang tidak kenal dengan 11 penerbit album Lentera Timur yang terdiri daripada nama-nama besar industri seperti Aubrey Suito, M. Nasir, Adnan Abu Hassan, Johan Nawawi, dan ramai lagi. Album itu bertambah gah apabila penyanyinya adalah Datuk Siti Nurhaliza.

Tetapi, mengapa penerbit AIM16  tersebut mengaitkan kemenangan album Lentera Timur dengan kos yang dihabiskan Datuk Siti Nurhaliza di dalam pembikinan album tersebut? Saya rasa, semua orang tahu yang Datuk Siti Nurhaliza adalah jutawan. Salahkah kita mengiktiraf kugiran-kugiran atau penyanyi bebas yang baru nak bernafas di dalam industri kita ini? Memang, tidak dinafikan mereka tidak mempunyai wang yang banyak seperti artis-artis yang dah lama bertapak di dalam industri ini, tetapi itu bukanlah alasan untuk meng’anak’ tiri kan mereka. Percayalah, tindakan yang tidak profesional inilah yang akan mengakibatkan kugiran-kugiran dan penyanyi bebas berhenti untuk terus berkarya. Mengapa?

Kerana mereka bukanlah jutawan yang dapat mengupah komposer-komposer dan penerbit-penerbit yang terkenal seperti artis yang sudah masyur. Mereka hanyalah pecinta musik dan seni yang ingin menyampaikan dan berkongsi hasil karya mereka kepada penggemar-penggemar musik tempatan, bukan niat untuk menguasai industri musik ini. Tetapi, sekiranya sikap di’anak’ tirikan ini diteruskan, saya percaya, musik dari seberang dan luar negara akan kembali menguasai industri kita yang lebih mengutamakan musik yang mengikut populariti penyanyi, komposer dan penerbit album. Cuba renung, lihat dan belajar bagaimana Grammy Awards mengiktiraf artis-artis dan label Independent yang memenangi 56 daripada 110 anugerah yang dipertandingkan. Itu bermakna, hampir 50% daripada anugerah di Grammy Awards dimenangi oleh artis-artis bebas.Walaupun industri kita tidaklah sebesar dan sehebat  itu, tetapi kita mampu untuk mengubah industri musik tanahair kita sekiranya kita berani menyahut cabaran untuk berbuat demikian dengan mengiktiraf karya-karya dari kugiran dan artis bebas, bukan sekadar mengikut modul ‘lama’ yang tidak lagi relevan.

Justeru, kesimpulan yang saya dapat simpulkan di sini ialah, untuk Anugerah Album Terbaik, album yang dihasilkan dengan mengupah paling ramai komposer dan penerbit yang masyur dan popular, ditambah dengan populariti penyanyi dan kos paling mahal untuk pembikinan album,  semestinya akan memenangi anugerah tersebut.

Di sini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada kugiran Hujan dan Meet Uncle Hussein, di atas kemenangan masing-masing di AIM16 pada malam yang penuh gemilang di Dewan Merdeka di PWTC. Persembahan kolaborasi yang cukup hebat dan mantap yang membuatkan penonton di Dewan Merdeka mahupun penonton di rumah teruja dan terhibur. Mereka telah berjaya membuktikan bahawa musik yang dibawa oleh kugiran-kugiran bebas juga setanding dengan karya-karya artis-artis di bawah syarikat rakaman. Saya berharap mereka akan terus menghasilkan karya-karya yang hebat di masa hadapan dan terus mewarnai industri musik tanahair kita yang tercinta ini.

Saya mewakili semua peminat-peminat dan pecinta-pecinta musik yang dibawa oleh artis-artis bebas samaada kugiran ataupun penyanyi Malaysia, berjanji untuk terus menyokong perjuangan memartabatkan musik tempatan supaya terus maju dan berjaya di peringkat antarabangsa.

Sekian, terima kasih.

“KE ARAH MEMARTABATKAN INDUSTRI MUSIK MALAYSIA”

Yang benar,

Mohd Nadmin Sulaiman

Read Full Post »

Assalamualaikum dan selamat malam.

Alhamdulillahi nahmadahu, wanastai’emuhu, wanuzubillah hi minsyuru rianfusina, wa min saiiya ti a’malina, manyahdinillah hu faza mudillalah. Waman yudlilhu, fazaha diyalah..

Bersyukur kita pada malam ini, kerana dapat sama-sama kita membaca bulletin rasmi Kugiran Hujan di Myspace.

Raingers-raingers yang disayangi, Hujan akan ke Indonesia & Singapore tidak lama lagi…

Hujan tercalon di final Hits @ 1 untuk lagu “Bila Aku Sudah Tiada”.

Hujan juga tercalon untuk kategori Artis Berkumpulan / Duo Terbaik bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian.. Doakan Hujan dan teruskan menyokong Hujan jika anda mahu Hujan terus maju di masa hadapan..

Di pihak Hujan, kami akan buat yang terbaik untuk semua raingers-raingers dan rakan-rakan yang terus menyokong kami walaupun pelbagai tohmahan dan fitnah yang kami terima.

Di kesempatan ini ( walaupun bukan hari raya ), kami ingin memohon maaf sekiranya kami pernah menyinggung hati mana-mana pihak..

Sesungguhnya, Hujan dah buat yg terbaik untuk puaskan hari semua org….

Prinsip kami, terus main musik, belasah saja, yakin boleh kerana semua ini adalah Dugaan-Nya… =)

Tanpa sokong korang semua, kami semua takkan sampai ke tahap ini.

Oleh itu, jutaan terima kasih kepada korang semua!!!

Terima kasih!!!!!!!!!!!!!!!

LOVE & REGARDS, HUJAN

—————————————————————————-

Tentang Anugerah Bintang Popular Berita Harian

1. Untuk vote Hujan, korang semua leh beli akhbar Berita Harian dari Isnin Hingga Khamis..

2. Pembetulan, borang memang tak boleh diphotostat. Hanya borang original. Sorry sorry.

3. Hujan adalah top 5 untuk Artis Berkumpulan / Duo Terbaik bersama-sama dgn Meet Uncle Hussein, Estranged, M.Nasir/ Malik dan Fabulous Cat.

4. Kalau anda rasa Hujan layak jadi Artis Berkumpulan / Dua Terbaik, sila lah undi Hujan sebanyak dan seikhlas mungkin. —————————————————————————-

Tentang Final Hits 1 – Bila Aku Sudah Tiada

1. Ada 2 cara untuk undi Hujan.

2. Sekiranya ada kredit ( maxis, digi, celcom, umobile ), taip HITS1(space)TIADA dan hantar ke 32776. 3. Sekiranya anda mempunyai telefon tetap di rumah, boleh dial 13776 dan tekan

3. Tak perlu buang masa dengar pilihan lagu-lagu lain. Setiap call dicharge sebanyak 50 sen. —————————————————————————–

Read Full Post »

Raingers,

CD ( Audio Live ), VCD ( Video + Audio Live ), dan VCD Karaoke

( Video Live + Audio Original ) telah keluar di pasaran minggu lepas.
Korang leh dapatkan CD, VCD tersebut di mana-mana kedai Speedy, Rock

Corner, kedai musik berhampiran korang.
Siapa yang patut beli :

1.Raingers² dan pendengar² musik HUJAN, mesti beli!!
2.Kepada pengumpul-pengumpul koleksi CD² HUJAN, ini lah peluang

korang untuk menambah koleksi.
3.Kepada yang tak dapat hadir ke Showcase HUJAN yg lepas sebab

jauh, mak tak bagi, dating, kenduri kahwin, kenduri sunat, tak de sapa

jaga adik di rumah, tertinggal bas, tak tahu jalan, balik kampung, tak dapat

cuti, tak boleh pecah tabung, kad bank kena telan, tiket hilang, demam,

selsema, chikunkuya, dll, boleh la dapatkan di kedai berhampiran anda.
4. Hadiah kepada awek, coz kebanyakan perempuan suka lagu Aku Skandal.
5. Hadiah kepada bf, coz kebanyakan lelaki suka lagu Aku Skandal gak.
6. Hadiah kepada bos, coz kebanyakan bos memang suka sangat lagu Aku Skandal.
7.Hadiah kepada kawan yg keja askar @ polis @ JPA kerana durang

semua suka lagu Dugaan-Nya.
8. Hadiah kepada abang, coz dia mesti suka lagu Pagi Yang Gelap.
9.Hadiah kepada mat rempit kereta dan motor kerana durang mesti

suka lagu Jiwa Kelajuan.
10. Hadiah pada ex-korang coz durang mesti suka lagu Rantai Rasa, Pijak Hatiku, & Kotak Hati.
11. Hadiah pada kawan-kawan coz Bila Aku Sudah Tiada memang sesuai sebelum pindah dari rumah sewa, hostel, dll.
12. Bila rasa geram dgn Amerika & Israel, boleh dgr lagu Ludah Amerika!!!!
13. Baru dapat duit PTPTN, terus beli!! Jangan tunggu!!!
14. Kepada student yang selalu study lewat : Lagu-lagu live ni sememangnya akan membantu menghilangkan keboringan korang.
15. Tengah bersedih, baru clash dgn bf/gf ???!! Jgn risau!!! Dengar saja lagu-lagu seperti Pijak Hatiku, Aku Skandal dan
KU Mahu Kau Tahu.
16. Kena pindah rumah?? Study oversea??? Pindah tempat kerja???!! Terpaksa tinggalkan awek??? Dengar lah Ahmoi Chantek.
17. Rasa nak lompatt???!!!! Dengar saja Empayarmu.!!
18. Jangan lupa, Coco & FreeLove pun ada dalam VCD tersebut.
!!!

Sekian, trima kasih!!!!!!!!

BEST REGARDS,

HUJAN

Read Full Post »

Salam.

1. My name is Nadmin Sulaiman and i’m the KugiranHujanKeUK’s official representative in Malaysia.

http://www.facebook.com/group.php?gid=19244158144

http://hujankeuk.blogspot.com/

2. Tergeliat otak nak tulis dlm omputeh, so aku cakap Melayu je la. Aku bukan study di UK pun.

3.  Tahun lepas, encik Ainuddin Hilmi ( CO-Founder KugiranHujankeUK ) telah menghantar 10 baki T-shirts HUJAN UK Tour 2008 dari UK.

4. 1 untuk Encik Noh, 1 untuk Encik Ag, 1 untuk Aku, dan 1 untuk Kakak Aku yang beli UK Relase 1st Edition.

 

5. So, skrg ni ada baki lagi 6 T-shirts yang Encik Ainuddin suruh jual. Harga asal T-Shirts ini adalah RM70 duit Malaysia a.k.a 14 Pounds Sterling termasuk duit postage. Pound Sterling waktu tu masih mahal kerana Wall Street masih belum ‘musnah’ seperti sekarang.

Baki T-shirts : 5 Helai

Size :

Girls Fitted T – 5 Helai

LARGE 42″ – 1 Helai

6. Oleh kerana T-Shirts ini sangat limited, dengan segala hormatnya akuakan memulakan siri Lelongan T-Shirts UK Tour 2008 selepas kejayaan siri Lelongan T-Shirts UK Release 2008 sebelum ni yg berjaya dijual RM120 per T-shirts.

https://averysimplelife.wordpress.com/2008/05/15/the-hujan-uk-release-tshirt-sell-to-the-highest-bidder/

7. Kepada sesiapa yang berminat, boleh lah menghantar bidaan anda ke 0125931850. Harga bidaan permulaan untuk Girl Fitted T ialah RM70, manakala LARGE 42″ ialah RM80.

8. Please remember, this deal is STRICTLY JUST A BUSINESS. Siapa cepat, dia yang dapat. Siapa offer paling tinggi pun dia dapat.

9. So, tolong lah. Tolong lah jgn sms tanya macam-macam, itu ini kerana aku sangat busy. Aku buat ni pun sebab nak selesaikan amanah dari Ainuddin Hilmi yang dah lama tertangguh.

Frequently Asked Question(s)

Min, size lain ade tak?

– Tak faham bahasa ke apa. Kan dah cakap kat atas, tinggal size Girl Fitted dan Large saja.

10. Kepada Pawang Hujan, album HUJAN ko aku akan pos ke USA tak lama lagi kerana Obama baru saja jadi president. Aku malas nak pos waktu Bush jadi president sebenarnya. Hahahaha.

Sekian, terima kasih.

REGARDS,

Mohamad Nadmin Sulaiman

Read Full Post »

Akhirnya……..

Setelah menempuh pelbagai dugaan dan masalah, aku berjaya juga selesaikan penghantaran untuk

pembeli² 2nd Delivery The Hujan UK Release EP. 🙂

Masalahnya tak banyak pun sebenarnya, cuma beberapa kali perkara yang tak sepatutnya berlaku,

berlaku pada masa yang kurang sesuai. Contohnya aku tertinggal beg CD UK Release kat rumah Ag, bila

dah sampai Ipoh baru sedar.

Masalah lain waktu mendapatkan autograf, memandangkan ada satu

ketika tu, Ag busy dgn Coco, Noh ke Bandung dgn family, Am ada show dgn band Bintang Batu dan Dugong

balik ke Taiping. Dalam tempoh tu juga, aku tersangat busy dengan kerja, kusus induksi 2 minggu, exam

Jabatan, dsb… untuk pengetahuan raingers² yg beli 2nd delivery, selepas Hujan ke UK, aku memang tak

sempat ikut ke show² durang mcm dulu memandangkan annual leave aku untuk separuh tahun dah habis.

Alhamdulillah, sekarang ni aku dah boleh aktif balik walaupun annual leave aku dah tinggal 2 hari, untuk

Hari Raya nanti.. he he he… :p

Alhamdulillah, lepas aku sendiri ke KL beberapa kali, selesai juga semuanya.

Itu pun ada masalah juga minggu lepas. Oleh kerana takut terlewat naik bas, aku bawa semua CD² yang

aku nak pos ke KL Jumaat lepas. Kononya nak pos dari KL lah. Bila semua dah ready, baru aku perasan,

aku terlupa cop alamat untuk 2 salinan Pos Laju memandangkan aku pakai alamat ofis. Bayangkan ada 11

penghantaran, 11 x 3 = 33 kali kena tulis alamat… Memandangkan aku memang tak bawa cop ofis, maka

penghantaran ditunda lagi. Selesai juga semuanya semalam. Seperti yang dijanjikan, semua kos

penghantaran Pos Laju ditanggung oleh aku kecuali Abdul Hafiz coz dia sanggup ke bank untuk bank in

secara manual RM5.00 memandangkan mesin cash deposit Maybank xleh terima not RM5.00. He he..

Ini adalah senarai nama² pembeli The Hujan

Uk Release EP untuk 2nd Delivery. Sebarang masalah, boleh contact aku terus : 0125931850.

Terima kasih yang tak terhingga kepada korang semua kerana sanggup bersabar. Aku pun tak tahu mcm

mana nak balas kesabaran korang semua. Aku minta maaf kalau ada tersalah cakap, terkasar bahasa

atau menyinggung perasaan korang. Kalau nak ke gig-gig @ show Hujan, sms @ calling² lah. Boleh

kita jumpa. Jangan lupa bawa CD UK Release coz ruang di sebelah kiri tu memang khas untuk tulis apa²

dari Hujan. On behalf of Hujan, terima kasih kerana menyokong Hujan selama ini. tanpa raingers²,

siapalah Hujan…..

Eh, terlupa plak.. Ini lah makcik yang uruskan penghantaran Pos Laju korang. Aku hadiahkan dia beg

Era.Fm yang aku bawa lepas dia cakap :

“Banyak ni.. Kat kakak takder hadiah apa² ker….”

“Nah la, saya hadiah beg Era ni untuk kakak…”

Untuk up kan level & status beg tu lagi, aku pun tambah ayat :

“Beg ni saya dapat semalam, waktu show Era.Fm Tour di Klang. Hujan pun perform di sana…”

“Yer ker… Adik gi sana jumpa Fara Fauzana tak…”

Dalam hati :

“Farah Fauzana dah lama pindah ke Hot.Fm lah…”

He he he….

Thanks again… Have a nice day… 🙂

Best regards,

Mohamad Nadmin Sulaiman

Read Full Post »

hello & assalamualaikum…

i’m back!! :p

dah lama aku x buat post, x upload video di blog nih.. so, since kurang busy, rajin skit, ini video2 Hujan

di Taiping yang dah siap. 😉

terima kasih kepada raingers² dan orang² Taiping. korang semua mmg best!!

bersama-sama ini juga aku upload Jackass Versi Noh sebelum show. peringatan, jangan cuba aksi ini

sebab memang sakit.. aku sendiri pun kena tembak di tangan… zzzzzzz….

Hujan – Ku Mahu Kau Tahu

Hujan – Aku Skandal

Hujan – Bila Aku Sudah Tiada

Hujan – Pagi Yang Gelap

Hujan – EmpayarMu

Terima kasih raingers², orang² Taiping!

Jackass Versi Noh!

enjoy & have a nice day… 😉

Read Full Post »

Ke hadapan semua raingers2 yang saya hormati.

Kesemua Tee shirt Hujan UK Release telah habis dijual.

Tiada cetakan semula sebab nama Tee shirt tu ialah Limited Edition.

Yang kedua, saya tidak lagi mengambil order untuk 2nd delivery

The Hujan UK Release EP kerana geng2 di UK sedang sibuk uruskan

account di UK sementara menunggu kedatangan Hujan ke sana

minggu depan. So, penjualan di Malaysia pun stop lah.

Hanya 18 order yang paling awal untuk 2nd delivery

yang saya ambil k. Dan separuh daripadanya telah

pun buat pembayaran. Terima kasih.

The Hujan UK Release EP – 2nd Delivery

   
No Name Contact No Address Payment Remark
1 Abdul Hafiz 017-xx
RM50.00
2 Zaiton Zainal 012-xxx
RM100.00
3 Mirrul 012-xxx
RM50.00
4 Iana 012-xxx
RM50.00
5 Arafat Ridzuan 012-xxx

2
6 Rino 017-xxx
RM50.00
7 Nulu 012-xxx

1
8 Bett 012-xxx

2
9 Bondarock 012-xxx

1
10 Nik 014-xxx
RM50.00 1
11 Miey 012-xxx
RM50.00 1
12 Fadli Othman 013-xxx

1
13 Isihara 012-xxx
RM150.00 3

So, jumlah CD yang terjual di sini ialah 36 keping.

Kepada pembeli2 2nd delivery, saya akan kontek anda bila CD dah sampai.

Selepas ni, kepada yang lain tolong jangan sms @ call tanya tentang CD UK ni lagi.

Banyak sangat benda yang saya kena buat di dalam real life skrg.

Yang ketiga, tolong jangan merayu sms untuk beli tee shirt Hujan

local print. Bila saya tak reply sms, x jawab call, bukan bermakna

saya sombong tetapi saya busy.. Sekali dapat 10 sms tanya pasal

tee, cd, dll… Penat lah aku nak jawab semua soalan…

Sekali lagi saya nak cakap di sini :

Saya bukan official crew untuk Hujan dalam apa jua posisi pun.

Saya hanyalah kawan kepada Ag, sessionist Hujan. Selain daripada

itu, saya sama seperti anda semua, seorang raingers yang minat

lagu2 kumpulan Hujan.

So, kalau nak beli tee shirt, CD EP, dll, datang lah ke gigs2

Hujan. sebarang persoalan, boleh kemukakan di laman web rasmi

Hujan @ http://www.myspace.com/kugiranhujan .

kalau nak tanya pasal harga show, dsb, bukan call

@ sms saya tetapi call Manager Hujan, Cik Ecah :

0126159226

peranan saya dalam Hujan Ke UK Foundation dah tamat.

Hujan pun dah confirm semuanya, jadual, dll untuk ke UK pada

Isnin minggu depan. Syukur alhamdulillah… sekarang ni,

peranan kita semua ialah berdoa semoga Hujan selamat pergi.

selamat buat show, dan selamat pulang ke Malaysia..

untuk 1st delivery, saya akan post minggu depan, selepas 25hb

iaitu tarikh saya dapat gaji. sebabnya, saya yang akan tanggung

kos penghantaran. so, semua diharap bersabar… sama seperti

saya bersabar selama ini. 2nd delivery akan sampai bulan depan,

iaitu selepas Hujan balik dari UK, 8hb April gitu lah.

tee shirt telah dipos pada minggu lepas, dan saya rasa akan

sampai ke Malaysia minggu depan.

Saya harap anda semua faham akan situasi saya kerana saya ada

kerja tetap dan kehidupan sama seperti anda semua.

Saya bukan emo, saya cuma letih.

Sekian terima kasih.

Nadmin Sulaiman @ hujanlebat

Read Full Post »

Semuanya hari ni, Ahad 2 Mac 2008.

Aku hanya tau pasal di KOSMO , tetapi waktu turun nak beli, Mamat yg kerja kat

kedai tu cakap :

“Eh.. itu you punya kawan Hujan ada you tau ka…” dia cakap dlm loghat Bangla.

“I tau.. Nak beli la ni… Dalam Kosmo kan…” aku reply dalam loghat Kedah.

“Ya ya ya ya… Itu Harian Metro pun ada… ”

Terus aku beli dua-dua… Thanks kepada Mamat tu, kalau tak, aku pun tak tau yg Hujan

ada di dalam Metro jugak… 😉

Untuk di Kosmo, wartawan interview sebelum show Hujan di Ara Music Fest Vol. 1,

Melaka. Ini gambar waktu interview di dalam Ara Villa yang mmg chantek!!

wartawan Kosmo, Maliah Surip & Ag.
wartawan Kosmo, Sofiatul shima ( Opie ) & Noh.

Sesi bergambar pula sebelum show ( gambar atas pentas ) :

dan selepas show :

gambar di kereta Volkswagen adalah gambar Hujan dan geng-geng dari JB yang datang ke

Ara. Kereta durang mmg oldskool abis!!! Durang pun semuanya stylo-stylo.. 😉

Ini lah berita penuh pasal Hujan di dalam Kosmo, 2 Mac 2008. Memang best.. 2 page

citer pasal Hujan, dan 1 poster besar di depan. Ini gambar yang aku ambil, kalau nak

yg original, cari lah KOSMO cepat!!! Masih sempat… Heheheh… ^^

EMPAYAR HUJAN!!!!

HUJAN MENJADI TSUNAMI.

Pak Gad yang suka menyibuk.

So far, KOSMO lah yang paling ketara menyokong perjuangan musik Hujan. Contohnya,

KOSMO 21 Dec 2007, memaparkan tentang Hujan dan EP Check2 Rock2.

Secara tak langsung, raingers-raingers semua dapat mengikuti perkembangan Hujan,

isu-isu yang dikaitkan dengan Hujan, dan sebagainya. KOSMO hari ni menjawab banyak

persoalan mengenai Hujan. So, kalau korang nak faham, beli lah KOSMO hari ni. Aku tak

larat taip. 2 muka surat beb. Beli jer. Memang berbaloi…. Hehehe…

wartawan2 KOSMO support Hujan, aku support KOSMO!! yeahh!!

pasal Melodi pula, interview ni diadakan di backstage Hotfm Bigjam 2008,

23 Februari 2008 lepas. Yang interview Hujan, wartawan Melodi, Michelle.

Dulu, aku ingat Michelle ni garang, tgk dlm Melodi, isu smua panas2. Tapi dia mmg best,

professional sebab boleh layan Noh. Hahahaha… Nanti hampa faham lah….

Video sudah ku upload, check it out.

http://www.youtube.com/watch?v=Q3BBUsLE7PQ

Quality mmg sangat low sebab tangkap di skrin TV jer. He he he… Tengok sendiri

betapa slumbernya Noh. Hahaha…

Okay lah.. Dah pukul 8.00 malam… perut sudah lapar… Nanti aku update lagi.. Banyak

lagi nih…. Huhuhuh… Adios.. 😉

p/s: semua gambar adalah hak milik aku sendiri, kecuali gambar Hujan di KOSMO, 21 Dec 2007.

Read Full Post »

apa list undian² korang yang berulang² tu? 😉 ini senarai aku.

Elyana.. sebab dia ada kaitan dgn Hujan gak… 🙂
yang ni aku mmg tak undi sesiapa.
2 untuk Noh Hujan. 1 untuk Lan Meet Uncle Hussein
mestilah Hujan!!!!!!!!!!!!
walaupun aku tak kenal siapa Hannah Tan, tapi personally, senyuman diammg chantek… 😉 dan lagi, muka dia mcm pelakon EuroTrip.. he he he..

so, kesimpulanya, inilah list calon² yang aku undi.

1. Elyana
2. Tiada Calon Yg Sesuai
3. Noh Hujan
4. Hujan
5. Hannah Tan

korang lak camner? 😉

p/s: Time Is Running Out folks.. 12 hours left… Push!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Read Full Post »

Huhuhuhuhu…. Awat lah hampa semua ni malas sangat nak baca. Aku tak larat

nak balas, jawab sms soalan2 yang sama…

Di sini, aku akan letak FAQ, dengan harapan korang smua dapat faham. Aku

berdoa supaya korang akan faham. Amin…

Frequently Ask Question(s)

Q :Kenapa CD EP & Tshirt Hujan ni mahal sangat?

A : Cuba la faham sikit… CD & Tshirt Hujan ni direlease bukan untuk keuntungan sesiapa. Untung dari CD EP & Tshirt yg dicetak @ diprint ini akan digunakan utk bawa Hujan Ke UK. duit tiket flight, penginapan, makan minum, transport, sewa tempat gigs, dan sebagainya. Sebab tu lah nama project ini ” The KugiranHUJANkeUK Foundation “ kawan2 kita di UK initiate pelbagai event untuk dapatkan dana untuk bawa Hujan ke UK. antaranya :

14 Nov 2007:

The Kugiran HUJAN ke UK Foundation has decided to rent a stall on the day of Cardiff’s Piala Putera on 24/11/07. The members are planning to sell burgers and popiahs with the help from other HUJAN fans. The foundation aims to raise at least £200 during this event.

24/11/2007:

Our burger & popiah sales at Piala Putera reached £300 pounds plus.
Minus cost, we managed to gain profit of £100 pounds.

Itu hari cuaca buruk.. tak dpt ramai customer. So kira ok la kan dpt untung walaupun tak banyak.

pendapat aku sendiri, aku malu nak persoalkan harga tshirt & cd EP ni lepas tengok usaha2 yang dijalankan oleh geng2 UK utk bawa Hujan ke UK nih. bayangkan, durang tak pernah datang gigs Hujan seperti yang kita semua di Malaysia boleh, tengok live lagi, kenal Hujan, tak kira lah waktu bergambar ke, waktu autograf ker. tapi usaha durang utk bawa Hujan Ke UK, korang nilai sendiri lah…

sebab tu, email pertama aku kepada Hujantouk@gmail.com, aku tak tanya pun kenapa mahal. ala, susah sangat, korang fikir logik. murah ker tak barang dari oversea? sebab CD & Tshirt ni semuanya Made In UK… kosnya bukan sama macam Kedai Print Tshirt di Kompleks Peruda….

dan yang paling tak bleh blah, bila ada yang tanya, betul ker Hujan nak ke UK? what da fcuk punya soalan….

oleh kerana ramai yang malas baca, aku quote sikitlah ayat dalam blog KugiranHujanKeUk :

CD costs 8 pounds per copy (or £9.50 plus postage). Remember all profit shall go to funding the band to come to the UK. We need to sell all 500 copies!

Please lend us your support! Every inch of support shall be written down as a great leap in the history of our beloved Malaysian music industry.

history in the making.. aku pun nak join.. he he he… korang tak nak ke?

Q :Bila dah sampai Malaysia, macam mana awak nak bagi kpd saya?

A : Aku akan pos atau beri direct kalau ada yang ke gigs Hujan terdekat.

Q : Macam mana nak dapatkan CD Hujan UK Release EP ni yer?

A : Ini soalan paling popular. Sekali lagi, ini cara2nya. Jika berminat, sms aku dengan nama. Lepas buat payment ( bank in, cash deposit, maybank2u, wired transfer ) , sms aku untuk confirmation. Pastu aku akan update dalam aku nyer database. ( database tu.. wakakak )

Untuk CD, RM50, Untuk Tshirt, RM60. tiada caj atau kos tersembunyi, untuk confirmation harga, sila contact direct dengan geng2 di UK :

Contact Info
Email: HUJANtoUK@gmail.com
Website: http://www.hujankeuk.blogspot.com/
Office: Headquartered at Cardiff, Wales, UK
City/Town: Cardiff, United Kingdom

Ini contact info aku :

nama : mohamad nadmin bin sulaiman

email : nadmin@mohr.gov.my

no account maybank : 152013219219

alamat : 103, taman ria, jalan inai, 05050, alor star, kedah.

contact no : 012-5931850 / 0134565264 / 0165107798

no ofis : 05-2545271

alamat ofis : Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perak
No. 2A3, 2A4 & 2C1, Tkt.2 Blok A
Bangunan Gunasama Persekutuan
30430 Ipoh.

kenapa aku bagi alamat rumah, alamat ofis , no fone ofis, dan sebagainya… in case korang x percayakan aku, barang tak sampai ker, boleh buat tuntutan direct ke alamat2 tersebut. ini procedure nak buat loan di bank sebenarnya.. he he he…

Q : Bila tarikh akhir untuk buat payment?

A : Aku akan ke Kuala Lumpur petang ni. Aku harap korang boleh settle semua payment by tomorrow , Sabtu. Paling lewat pun hari Ahad lah. Sebab aku akan balik ke Ipoh Ahad malam. Settle payment, aku bagi dengan Echah, Echah forward kepada geng UK.

cakap tak guna, tembak tak kena. less talk, more action… sapa berminat, sila hubungi aku a.s.a.p. thank you…

Read Full Post »

Older Posts »