Akhirnya……..
Setelah menempuh pelbagai dugaan dan masalah, aku berjaya juga selesaikan penghantaran untuk
pembeli² 2nd Delivery The Hujan UK Release EP. 🙂
Masalahnya tak banyak pun sebenarnya, cuma beberapa kali perkara yang tak sepatutnya berlaku,
berlaku pada masa yang kurang sesuai. Contohnya aku tertinggal beg CD UK Release kat rumah Ag, bila
dah sampai Ipoh baru sedar.
Masalah lain waktu mendapatkan autograf, memandangkan ada satu
ketika tu, Ag busy dgn Coco, Noh ke Bandung dgn family, Am ada show dgn band Bintang Batu dan Dugong
balik ke Taiping. Dalam tempoh tu juga, aku tersangat busy dengan kerja, kusus induksi 2 minggu, exam
Jabatan, dsb… untuk pengetahuan raingers² yg beli 2nd delivery, selepas Hujan ke UK, aku memang tak
sempat ikut ke show² durang mcm dulu memandangkan annual leave aku untuk separuh tahun dah habis.
Alhamdulillah, sekarang ni aku dah boleh aktif balik walaupun annual leave aku dah tinggal 2 hari, untuk
Hari Raya nanti.. he he he… :p
Alhamdulillah, lepas aku sendiri ke KL beberapa kali, selesai juga semuanya.
Itu pun ada masalah juga minggu lepas. Oleh kerana takut terlewat naik bas, aku bawa semua CD² yang
aku nak pos ke KL Jumaat lepas. Kononya nak pos dari KL lah. Bila semua dah ready, baru aku perasan,
aku terlupa cop alamat untuk 2 salinan Pos Laju memandangkan aku pakai alamat ofis. Bayangkan ada 11
penghantaran, 11 x 3 = 33 kali kena tulis alamat… Memandangkan aku memang tak bawa cop ofis, maka
penghantaran ditunda lagi. Selesai juga semuanya semalam. Seperti yang dijanjikan, semua kos
penghantaran Pos Laju ditanggung oleh aku kecuali Abdul Hafiz coz dia sanggup ke bank untuk bank in
secara manual RM5.00 memandangkan mesin cash deposit Maybank xleh terima not RM5.00. He he..
Ini adalah senarai nama² pembeli The Hujan
Uk Release EP untuk 2nd Delivery. Sebarang masalah, boleh contact aku terus : 0125931850.
Terima kasih yang tak terhingga kepada korang semua kerana sanggup bersabar. Aku pun tak tahu mcm
mana nak balas kesabaran korang semua. Aku minta maaf kalau ada tersalah cakap, terkasar bahasa
atau menyinggung perasaan korang. Kalau nak ke gig-gig @ show Hujan, sms @ calling² lah. Boleh
kita jumpa. Jangan lupa bawa CD UK Release coz ruang di sebelah kiri tu memang khas untuk tulis apa²
dari Hujan. On behalf of Hujan, terima kasih kerana menyokong Hujan selama ini. tanpa raingers²,
siapalah Hujan…..
Eh, terlupa plak.. Ini lah makcik yang uruskan penghantaran Pos Laju korang. Aku hadiahkan dia beg
Era.Fm yang aku bawa lepas dia cakap :
“Banyak ni.. Kat kakak takder hadiah apa² ker….”
“Nah la, saya hadiah beg Era ni untuk kakak…”
Untuk up kan level & status beg tu lagi, aku pun tambah ayat :
“Beg ni saya dapat semalam, waktu show Era.Fm Tour di Klang. Hujan pun perform di sana…”
“Yer ker… Adik gi sana jumpa Fara Fauzana tak…”
Dalam hati :
“Farah Fauzana dah lama pindah ke Hot.Fm lah…”
He he he….
Thanks again… Have a nice day… 🙂
Best regards,
Mohamad Nadmin Sulaiman