Feeds:
Posts
Comments

Archive for August, 2008

Setelah di bawa berbincang dgn smua ahli majlis tertinggi.
Maka dengan ini saya mengumumkan, maklumat yang saya dapat ialah Hujan jadi perform malam ni di UITM, Shah Alam! Tapi, buat pertama kalinya….

Yang menyanyi malam ni ialah Encik Nazirul a.k.a Dugong dengan rambut barunya. Nantikan kemunculan Dugong! Kenapa, tak percaya? Haha.
Rare nih! 1st attempt waktu Pesta Malindo, waktu Noh pitam. Bezanya, kali ni, with a proper preparation. =)

Hopefully, you guys will enjoy the show. Let’s rock on tonight!

Sekian, terima kasih.

Read Full Post »

kepada Raingers²…

Dukacita dimaklumkan bahawa
Hujan tidak akan perform di Celcom @ Uitm Shah Alam malam ni seperti yang tertera di Upcoming Shows.

Sebabnya, Noh masih lagi demam kuat. Dah 5 hari dia demam, selepas show di Melaka & Ruums Ahad lepas.

Tadi aku tanya mcm mana keadaan dia, dia reply dia blum baik demam. Gusi jadi kembang, susah nak telan air liur. So, dia memang tak dapat perform malam ni.

Di sini, on behalf, Hujan minta maaf kat korang semua especially yang dah tak sabar-sabar nak ke Uitm malam ni utk tgk Hujan perform.

Memang perkara ni tak dijangka. Noh sebenarnya dah risau sejak 2-3 hari lepas, takut dia tak sembuh sebelum show.

mohammad noh: assalamualaikum
mohammad noh: min
mohammad noh: aku demam teruk
gates_com: wassalam
gates_com: aku keluaq tadi. tinggal pc online
mohammad noh: its ok
gates_com: demam, hang makan panadol 2 bijik, minum air masak banyak, pastu selimut gila babi tebai. biaq peluh
gates_com: minum 100 plus 1 botol. ok lah pastu. Insyaallah
mohammad noh: aku tejaga tadi kena azan maghrib
mohammad noh: bangun dalam keadaan basah peluh
mohammad noh: tapi terus segar
mohammad noh: aku takut malam nanti dia menjadi lagi
gates_com: memang la. kena bagi peluh. jgn duk pikiaq sangat, nanti jadi balik
mohammad noh: tadi terbaring sorang2
mohammad noh: gila rasa loser
gates_com: sapa pun xdak rumah ka.. ha ha ha
mohammad noh: takdak
gates_com: kalau gitu, aku lagi loser
gates_com: tiap2 hari bangun, sorang ja
gates_com: sebab tu aku pi KL
gates_com: 😀
mohammad noh: tukar la tempat kerja
gates_com: aku pun duk cadang nak tukaq pi KL
mohammad noh: kang aku suh hang jaga tya kat uitm baru tau
mohammad noh: hahahah

Jadi, aku harap korang semua faham situasi Hujan.Sekali lagi, on behalf, Hujan betul-betul minta maaf kepada semua yang terlibat.Terima kasih kerana beri sokongan pada Hujan.

Kita merancang, Tuhan saja yang tentukan.So, hopefully, penjelasan ni akan memudahkan korang semua yang bercadang nak ke sana malam ni.

Selamat menyambut hari Merdeka & Bulan Ramadhan Al-Mubarak!

Terima kasih.

Regards,

Mohamad Nadmin Sulaiman

Read Full Post »

Goodbye 20082008!

Years come and go.. But today is a special day…

20082008

Double match. It happens only once in a lifetime. =)

So, i wish everybody good luck, good health, good business,

happiness and peacefulness. have a very wonderful day! =)

Read Full Post »

Sawadikappp…

Aku tak masukkan semua lagu lah coz mcm lagu Aku Scandal, Pagi Yang Gelap, Bila Aku Sudah Tiada,

kebanyakanya semua orang dah hafal dan boleh cari dalam Google, Yahoo, dsb… 🙂

Oleh kerana aku rajin skit malam ni, aku taip lah.. Lirik ni mungkin berbeza dari lirik album coz lirik di

album ada yang tak betul.. Lirik ni aku taip sambil aku dengar lagu.. Betulkan kalau ada yang salah..

Telinga aku pun mcm telinga korang gak, tak perfect… He he he…

Dugaanya

Bapanya mahukannya jadi seorang askar

Bukan cita-cita nya

Bukan impianya

Dia terlalu muda, untuk tinggalkan keluarga

Bila tiba masa nya, rindu mulai terasa

Berkecamuk hati, hati nya sendiri

Persoalan nya kini sampai bila mampu ku bertahan

Mampukahku bertahan

( Wowwo ) Nampak ketarakah dilemma di wajahku

( Wowwo ) Di luarnya tenang tapi Tuhan saja tahu

( Wowwo ) nampak ketarakah dilemma di wajahku

( Wowwo ) di luarnya tenang tapi Tuhan saja tahu

Beginikah selalunya cinta

Di akhiri sengsara

Setelah dicurahkan semua

Cuba ku dalami sampai termimpi-mimpi

Namun apa yang ku jumpa semua nya sama

Berkecamuk hati, hati nya sendiri

Persoalan nya kini sampai bila mampu, ku bertahan

Mampukahku bertahan

( Wowwo ) Nampak ketarakah dilemma di wajahku

( Wowwo ) Di luarnya tenang tapi Tuhan saja tahu

( Wowwo ) nampak ketarakah dilemma di wajahku

( Wowwo ) di luarnya tenang tapi Tuhan saja tahu

Solo

Wowwo.. Ini semua dugaanya… semua dugaanya…wow… Go!

( Wowwo ) Nampak ketarakah dilemma di wajahku

( Wowwo ) Di luarnya tenang tapi Tuhan saja tahu

( Wowwo ) nampak ketarakah dilemma di wajahku

( Wowwo ) di luarnya tenang tapi Tuhan saja tahu

( Wowwo ) Nampak ketarakah dilemma di wajahku

( Wowwo ) Di luarnya tenang tapi Tuhan saja tahu

( Wowwo ) nampak ketarakah dilemma di wajahku

( Wowwo ) di luarnya tenang tapi Tuhan saja tahu

Jiwa Kelajuan

Wohooo!!

Wohooo!!

Wohooo!!

Wohooo!!

Bicara ku dengan sepi

Kencang sangat kata hati

Yang tinggi semua ku junjung

Nisan sama tak terkunjung

Definisi ku tetap sama dengan kelajuan

Tidak ku gentar kerna bagiku ini masa depan

Tiada penghalang bagiku dan matlamat ku hanya satu

Sentiasa bersedia kemenangan pasti milik kita

Jelmaan kabus disambut

Sorak semua ku kagum

Jangan rebah saat ia mundur

Teruskan lah mara ke depan lalu ku rempuh

Solo

Definisi ku tetap sama dengan kelajuan

Tidak ku gentar kerna bagiku ini masa depan

Tiada penghalang bagiku dan matlamat ku hanya satu

Sentiasa bersedia kemenangan pasti milik kita

Definisi ku tetap sama dengan kelajuan

Tidak ku gentar kerna bagiku ini masa depan

Tiada penghalang bagiku dan matlamat ku hanya satu

Sentiasa bersedia…

Wohooo!!

Wohooo!!

Wohooo!!

Rantai Rasa

Dari pandangan aku

Masing kita usaha

Berpaut dengan rantai rasa cinta

Kau pasti menunggu ku

Ku juga begitu

Berpaut dengan rantai rasa cinta

Usah kau cuba tuk menangis

Untuk bahagia

Usah kau cuba tuk menangis

Untuk bahagia

Ku tak mahu binasa

Biar kita selalu

Berpaut dengan rantai rasa cinta

Usah kau cuba tuk menangis

Untuk bahagia

Usah kau cuba tuk menangis

Untuk bahagia

Solo

Usah kau cuba tuk menangis

Untuk bahagia

Usah kau cuba tuk menangis

Untuk bahagia

Usah kau cuba tuk menangis

Untuk bahagia

Luka Mana

( Noh cakap kedah )

Let’s go!

Masuk kanan keluar kiri

Ludah sana ludah sini

Beza air dengan api

Rezeki haram menjilat jari

Berat sebelah si tolol masihkan perkauman

Kencing syaitan dalam botol masih kau

Panggil air minuman

Belasah saja, yakin boleh, luka mana yang

Tak pedih

Belasah saja, yakin boleh, luka mana yang

Tak pedih

Hisap rokok sampai kau lentok

Hari-hari boleh mati

Bukan marah bukan perli

Sampaikan pesan sebelum ku mati

Berat sebelah si tolol masihkan perkauman

Kencing syaitan dalam botol masih kau

Panggil air minuman

Belasah saja, yakin boleh, luka mana yang

Tak pedih

Belasah saja, yakin boleh, luka mana yang

Tak pedih, Go!

Solo

Belasah saja, luka mana

Belasah, luka mana

Belasah saja!

Pijak Hatiku

Waktu kita sama sambut hari lahir

Ku berikan dia hadiah bunga

Cantik engkau memang cantik

Izinkan aku menatap wajah mu lagi

Cantik engkau memang cantik

Izinkan aku menatap wajah mu lagi

Kau pijak hatiku lagi

Kau pijak hatiku lagi

Wooo..

Tinggi harapan ku buat mu

Tak ku sangka ia hanya setengah jalan

Jika memori kita disimpan di dalam cakera

Kan ku mainkan sampai bila-bila

Cantik engkau memang cantik

Izinkan aku menatap wajah mu lagi

Cantik engkau memang cantik

Izinkan aku menatap wajah mu lagi

Kau pijak hatiku lagi

Kau pijak hatiku lagi

Kau pijak hatiku lagi

Kau pijak hatiku lagi

Ohh kekasihku…

Solo

Jangan pijak hatiku lagi

Jangan pijak hatiku lagi

Good night Raingers!

Read Full Post »

Pic by Azizul Hakim

Tanggal 18 Ogos 2008, adalah tarikh penting buat Hujan, 1st album dah released dgn suksesnya !!

Raingers yang sejati mesti beli yang original!! Aku sendiri dah beli 2 keping semalam. 🙂

Cina Speedy tu cakap CD tu baru sampai semalam, yang 2 keping tu yang terakhir.

Nampaknya, kawan aku di USA, Mr Pawang Hujan kena la sabar sat na…

Jangan risau, aku mesti pos kat hang!!

Untuk pengetahuan semua, Mr Pawang Hujan adalah salah seorang raingers

yang masih study PHD di USA. 🙂 Nak tengok semangat ke tak, ni dia gambaq dia kat USA,

depan George Bush Library, USA, pegang album Check2 Rock2, siap dengan baju Ludah Amerika.

Nasib lah Ludah tu dalam bahasa Melayu…. Klau tak, mesti dah kena halau.. Ha ha ha…

Waktu aku beli tu, sempat lagi aku ambil gambar kat Speedy. Ni yang dah siap edit. He he he..

Waktu ni aku ambil gambar kat bawah ni, Cina tu terus cuak..

“Jangan risau Encik, ini ada resit ma…”

“I tahu lah.. ini mahu masuk website…”

He he he he….

Bangga gak bila tengok nama band yang aku suka naik kat counter kedai Speedy, kedai original!

Sebenarnya, sepanjang aku hidup di muka bumi ini, aku hanya beli beberapa keping saja

CD band² Malaysia yang original. Zaman sekolah dulu, ACAB, Root N Boots, The Official,

dan banyak lagi band Oi! Skinhead. Coz aku memang peminat setia skinhead sehingga

orang panggil aku WhereHaveAllTheBootBoysGone.. Chewahhh…

Balik kepada cerita asal.. Selepas tu, band yang aku beli CD Original ialah band Coco.

Ada yang cakap, aku beli sebab kawan-kawan. Tapi yang sebenarnya, aku beli sebab aku

suka lagu Belum Terpisah dan dalam masa yang sama, itu lah cara aku support kawan-kawan.

yang paling latest, Hujan lah.. he he.. walaupun orang cakap benda yang sama, yang

sebenarnya aku memang suka lagu² Hujan dari dulu lagi.. Cuma waktu tu, aku ingat

Hujan ni band Indonesia, sebab tu aku mcm malas nak support lah. Sebab ada sorang kawan aku

ni, musician gak cakap, jangan support music² Indonesia, support local band!

Sekali, aku tengok 8tv Quickie, ada sorang mamat yg aku kenal dalam tu.

Dem, terkejut worr!! Baru aku teringat, dia penah cakap yang Hujan ni adalah band project dia,

1 tahun yang lepas… 🙂

Ada raingers yang sms tanya, Noh Hujan cakap dulu tak nak terikat dengan mana²

recording company, kenapa sekarang dgn FMC?

Begini, kalau korang tengok sendiri di CD album Hujan, Hujan masih lagi under Noh Phrofile

ProductionFMC hanya sebagai pengedar… Sebab tu ada tulis di situ, Edaran : FMC.

Show still Hujan yang handle, bleh contact Mr. Panjang untuk maklumat lanjut. He he he..

So, tak timbul lah soal Noh Hujan tak pegang janji dan sebagainya. Jangan la emo sangat k.

Pada aku, asalkan semua ni beri kemudahan dan kebaikan pada Hujan, why not kan?

Lagipun, bos FMC kira ada tolak ansur juga lah dengan Ag memandangkan dia still lagi ada

kontrak dengan Coco.

Walaupun kebanyakan lagu-lagu di dalam album adalah lagu dalam EP, arrangement &

sentuhan yang baru membuatkan aku rasa memang berbaloi beli album ni.

Dugaanya, Pijak Hatiku, Rantai Rasa, Luka Mana & Jiwa Kelajuan – walaupun aku

pernah dengar demo, tetapi di dalam album semuanya best!

Fikir-fikir balik, Hujan ni band Indie kan, mesti lah keluar demo dulu, bukan mcm artis mainstream.

So, tak timbul soal lagu lama dan sebagainya. Raingers sejati takkan pertikai semua tu!

Sewaktu aku cakap aku jarang beli CD band² local, bukan bermaksud band² lain

tak bagus. Pada aku, ini soal rezeki.

Di Amerika, UK, bersepah kita boleh jumpa penyanyi / band berbakat mcm sesiapa jer lah especially

dlm genre Hip Hop, RnB, Rock, PunkRock, dsb. Tengok jer la American Idol, UK Idol, dsb.

Tetapi, bukan semua yang ada nasib yang baik, ada rezeki untuk jadi

popular dan diterima ramai seperti Avril Lavigne , Eminem, Linkin Park, Muse,

Rihanna, Chris Brown, Blink182, Kelly Clarkson, etc… 🙂

So, sebagai seorang raingers, aku berdoa supaya album Hujan akan sukses dan diterima

umum…. Semoga Hujan dimurahkan rezeki… Amin…

Akhir kata, ini semua dugaan-Nya, belasah saja, yakin boleh, luka mana yang tak pedih!!! Ha ha ha!!

Good night Raingers!!

Read Full Post »

Akhirnya……..

Setelah menempuh pelbagai dugaan dan masalah, aku berjaya juga selesaikan penghantaran untuk

pembeli² 2nd Delivery The Hujan UK Release EP. 🙂

Masalahnya tak banyak pun sebenarnya, cuma beberapa kali perkara yang tak sepatutnya berlaku,

berlaku pada masa yang kurang sesuai. Contohnya aku tertinggal beg CD UK Release kat rumah Ag, bila

dah sampai Ipoh baru sedar.

Masalah lain waktu mendapatkan autograf, memandangkan ada satu

ketika tu, Ag busy dgn Coco, Noh ke Bandung dgn family, Am ada show dgn band Bintang Batu dan Dugong

balik ke Taiping. Dalam tempoh tu juga, aku tersangat busy dengan kerja, kusus induksi 2 minggu, exam

Jabatan, dsb… untuk pengetahuan raingers² yg beli 2nd delivery, selepas Hujan ke UK, aku memang tak

sempat ikut ke show² durang mcm dulu memandangkan annual leave aku untuk separuh tahun dah habis.

Alhamdulillah, sekarang ni aku dah boleh aktif balik walaupun annual leave aku dah tinggal 2 hari, untuk

Hari Raya nanti.. he he he… :p

Alhamdulillah, lepas aku sendiri ke KL beberapa kali, selesai juga semuanya.

Itu pun ada masalah juga minggu lepas. Oleh kerana takut terlewat naik bas, aku bawa semua CD² yang

aku nak pos ke KL Jumaat lepas. Kononya nak pos dari KL lah. Bila semua dah ready, baru aku perasan,

aku terlupa cop alamat untuk 2 salinan Pos Laju memandangkan aku pakai alamat ofis. Bayangkan ada 11

penghantaran, 11 x 3 = 33 kali kena tulis alamat… Memandangkan aku memang tak bawa cop ofis, maka

penghantaran ditunda lagi. Selesai juga semuanya semalam. Seperti yang dijanjikan, semua kos

penghantaran Pos Laju ditanggung oleh aku kecuali Abdul Hafiz coz dia sanggup ke bank untuk bank in

secara manual RM5.00 memandangkan mesin cash deposit Maybank xleh terima not RM5.00. He he..

Ini adalah senarai nama² pembeli The Hujan

Uk Release EP untuk 2nd Delivery. Sebarang masalah, boleh contact aku terus : 0125931850.

Terima kasih yang tak terhingga kepada korang semua kerana sanggup bersabar. Aku pun tak tahu mcm

mana nak balas kesabaran korang semua. Aku minta maaf kalau ada tersalah cakap, terkasar bahasa

atau menyinggung perasaan korang. Kalau nak ke gig-gig @ show Hujan, sms @ calling² lah. Boleh

kita jumpa. Jangan lupa bawa CD UK Release coz ruang di sebelah kiri tu memang khas untuk tulis apa²

dari Hujan. On behalf of Hujan, terima kasih kerana menyokong Hujan selama ini. tanpa raingers²,

siapalah Hujan…..

Eh, terlupa plak.. Ini lah makcik yang uruskan penghantaran Pos Laju korang. Aku hadiahkan dia beg

Era.Fm yang aku bawa lepas dia cakap :

“Banyak ni.. Kat kakak takder hadiah apa² ker….”

“Nah la, saya hadiah beg Era ni untuk kakak…”

Untuk up kan level & status beg tu lagi, aku pun tambah ayat :

“Beg ni saya dapat semalam, waktu show Era.Fm Tour di Klang. Hujan pun perform di sana…”

“Yer ker… Adik gi sana jumpa Fara Fauzana tak…”

Dalam hati :

“Farah Fauzana dah lama pindah ke Hot.Fm lah…”

He he he….

Thanks again… Have a nice day… 🙂

Best regards,

Mohamad Nadmin Sulaiman

Read Full Post »