Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Simple’s Day’ Category

Raingers,

CD ( Audio Live ), VCD ( Video + Audio Live ), dan VCD Karaoke

( Video Live + Audio Original ) telah keluar di pasaran minggu lepas.
Korang leh dapatkan CD, VCD tersebut di mana-mana kedai Speedy, Rock

Corner, kedai musik berhampiran korang.
Siapa yang patut beli :

1.Raingers² dan pendengar² musik HUJAN, mesti beli!!
2.Kepada pengumpul-pengumpul koleksi CD² HUJAN, ini lah peluang

korang untuk menambah koleksi.
3.Kepada yang tak dapat hadir ke Showcase HUJAN yg lepas sebab

jauh, mak tak bagi, dating, kenduri kahwin, kenduri sunat, tak de sapa

jaga adik di rumah, tertinggal bas, tak tahu jalan, balik kampung, tak dapat

cuti, tak boleh pecah tabung, kad bank kena telan, tiket hilang, demam,

selsema, chikunkuya, dll, boleh la dapatkan di kedai berhampiran anda.
4. Hadiah kepada awek, coz kebanyakan perempuan suka lagu Aku Skandal.
5. Hadiah kepada bf, coz kebanyakan lelaki suka lagu Aku Skandal gak.
6. Hadiah kepada bos, coz kebanyakan bos memang suka sangat lagu Aku Skandal.
7.Hadiah kepada kawan yg keja askar @ polis @ JPA kerana durang

semua suka lagu Dugaan-Nya.
8. Hadiah kepada abang, coz dia mesti suka lagu Pagi Yang Gelap.
9.Hadiah kepada mat rempit kereta dan motor kerana durang mesti

suka lagu Jiwa Kelajuan.
10. Hadiah pada ex-korang coz durang mesti suka lagu Rantai Rasa, Pijak Hatiku, & Kotak Hati.
11. Hadiah pada kawan-kawan coz Bila Aku Sudah Tiada memang sesuai sebelum pindah dari rumah sewa, hostel, dll.
12. Bila rasa geram dgn Amerika & Israel, boleh dgr lagu Ludah Amerika!!!!
13. Baru dapat duit PTPTN, terus beli!! Jangan tunggu!!!
14. Kepada student yang selalu study lewat : Lagu-lagu live ni sememangnya akan membantu menghilangkan keboringan korang.
15. Tengah bersedih, baru clash dgn bf/gf ???!! Jgn risau!!! Dengar saja lagu-lagu seperti Pijak Hatiku, Aku Skandal dan
KU Mahu Kau Tahu.
16. Kena pindah rumah?? Study oversea??? Pindah tempat kerja???!! Terpaksa tinggalkan awek??? Dengar lah Ahmoi Chantek.
17. Rasa nak lompatt???!!!! Dengar saja Empayarmu.!!
18. Jangan lupa, Coco & FreeLove pun ada dalam VCD tersebut.
!!!

Sekian, trima kasih!!!!!!!!

BEST REGARDS,

HUJAN

Read Full Post »

Salam.

1. My name is Nadmin Sulaiman and i’m the KugiranHujanKeUK’s official representative in Malaysia.

http://www.facebook.com/group.php?gid=19244158144

http://hujankeuk.blogspot.com/

2. Tergeliat otak nak tulis dlm omputeh, so aku cakap Melayu je la. Aku bukan study di UK pun.

3.  Tahun lepas, encik Ainuddin Hilmi ( CO-Founder KugiranHujankeUK ) telah menghantar 10 baki T-shirts HUJAN UK Tour 2008 dari UK.

4. 1 untuk Encik Noh, 1 untuk Encik Ag, 1 untuk Aku, dan 1 untuk Kakak Aku yang beli UK Relase 1st Edition.

 

5. So, skrg ni ada baki lagi 6 T-shirts yang Encik Ainuddin suruh jual. Harga asal T-Shirts ini adalah RM70 duit Malaysia a.k.a 14 Pounds Sterling termasuk duit postage. Pound Sterling waktu tu masih mahal kerana Wall Street masih belum ‘musnah’ seperti sekarang.

Baki T-shirts : 5 Helai

Size :

Girls Fitted T – 5 Helai

LARGE 42″ – 1 Helai

6. Oleh kerana T-Shirts ini sangat limited, dengan segala hormatnya akuakan memulakan siri Lelongan T-Shirts UK Tour 2008 selepas kejayaan siri Lelongan T-Shirts UK Release 2008 sebelum ni yg berjaya dijual RM120 per T-shirts.

https://averysimplelife.wordpress.com/2008/05/15/the-hujan-uk-release-tshirt-sell-to-the-highest-bidder/

7. Kepada sesiapa yang berminat, boleh lah menghantar bidaan anda ke 0125931850. Harga bidaan permulaan untuk Girl Fitted T ialah RM70, manakala LARGE 42″ ialah RM80.

8. Please remember, this deal is STRICTLY JUST A BUSINESS. Siapa cepat, dia yang dapat. Siapa offer paling tinggi pun dia dapat.

9. So, tolong lah. Tolong lah jgn sms tanya macam-macam, itu ini kerana aku sangat busy. Aku buat ni pun sebab nak selesaikan amanah dari Ainuddin Hilmi yang dah lama tertangguh.

Frequently Asked Question(s)

Min, size lain ade tak?

– Tak faham bahasa ke apa. Kan dah cakap kat atas, tinggal size Girl Fitted dan Large saja.

10. Kepada Pawang Hujan, album HUJAN ko aku akan pos ke USA tak lama lagi kerana Obama baru saja jadi president. Aku malas nak pos waktu Bush jadi president sebenarnya. Hahahaha.

Sekian, terima kasih.

REGARDS,

Mohamad Nadmin Sulaiman

Read Full Post »

Ramai penyokong Liverfool yang bergembira selepas kekalahan MU baru2 ni.

Sebagai penyokong MU, sikit pun aku tak terkejut. Walhal, aku dah jangkakan kekalahan ini.

Mungkin penyokong Liverfool, Chelshit, Arsengal dan lain-lain peminat EPL tidak tahu yang

nama lain bagi Manchester United ialah Red Devil.

Oleh kerana sekarang ni bulan Ramadhan @ bulan Puasa, semua syaitan-syaitan termasuklah

Syaitan Merah @ Red Devil sedang diikat.

Kekuatan MU bergantung kepada Syaitan Merah.

Kekuatan Liverfool bergantung kepada Calsberg. Bulan puasa pun orang boleh minum arak kan?

So, kepada penyokong² Liverfool, jangan seronok sangat k. Season panjang lagi.:)

Lepas bulan Ramadhan nanti, korang tahu lah.

Untuk menyedarkan diri korang, ini ada beberapa tatapan gambar untuk korang sumer… 🙂

GLORY GLORY MANCHESTER UNITED!!!~

Cheers!!

Read Full Post »

Setelah di bawa berbincang dgn smua ahli majlis tertinggi.
Maka dengan ini saya mengumumkan, maklumat yang saya dapat ialah Hujan jadi perform malam ni di UITM, Shah Alam! Tapi, buat pertama kalinya….

Yang menyanyi malam ni ialah Encik Nazirul a.k.a Dugong dengan rambut barunya. Nantikan kemunculan Dugong! Kenapa, tak percaya? Haha.
Rare nih! 1st attempt waktu Pesta Malindo, waktu Noh pitam. Bezanya, kali ni, with a proper preparation. =)

Hopefully, you guys will enjoy the show. Let’s rock on tonight!

Sekian, terima kasih.

Read Full Post »

kepada Raingers²…

Dukacita dimaklumkan bahawa
Hujan tidak akan perform di Celcom @ Uitm Shah Alam malam ni seperti yang tertera di Upcoming Shows.

Sebabnya, Noh masih lagi demam kuat. Dah 5 hari dia demam, selepas show di Melaka & Ruums Ahad lepas.

Tadi aku tanya mcm mana keadaan dia, dia reply dia blum baik demam. Gusi jadi kembang, susah nak telan air liur. So, dia memang tak dapat perform malam ni.

Di sini, on behalf, Hujan minta maaf kat korang semua especially yang dah tak sabar-sabar nak ke Uitm malam ni utk tgk Hujan perform.

Memang perkara ni tak dijangka. Noh sebenarnya dah risau sejak 2-3 hari lepas, takut dia tak sembuh sebelum show.

mohammad noh: assalamualaikum
mohammad noh: min
mohammad noh: aku demam teruk
gates_com: wassalam
gates_com: aku keluaq tadi. tinggal pc online
mohammad noh: its ok
gates_com: demam, hang makan panadol 2 bijik, minum air masak banyak, pastu selimut gila babi tebai. biaq peluh
gates_com: minum 100 plus 1 botol. ok lah pastu. Insyaallah
mohammad noh: aku tejaga tadi kena azan maghrib
mohammad noh: bangun dalam keadaan basah peluh
mohammad noh: tapi terus segar
mohammad noh: aku takut malam nanti dia menjadi lagi
gates_com: memang la. kena bagi peluh. jgn duk pikiaq sangat, nanti jadi balik
mohammad noh: tadi terbaring sorang2
mohammad noh: gila rasa loser
gates_com: sapa pun xdak rumah ka.. ha ha ha
mohammad noh: takdak
gates_com: kalau gitu, aku lagi loser
gates_com: tiap2 hari bangun, sorang ja
gates_com: sebab tu aku pi KL
gates_com: 😀
mohammad noh: tukar la tempat kerja
gates_com: aku pun duk cadang nak tukaq pi KL
mohammad noh: kang aku suh hang jaga tya kat uitm baru tau
mohammad noh: hahahah

Jadi, aku harap korang semua faham situasi Hujan.Sekali lagi, on behalf, Hujan betul-betul minta maaf kepada semua yang terlibat.Terima kasih kerana beri sokongan pada Hujan.

Kita merancang, Tuhan saja yang tentukan.So, hopefully, penjelasan ni akan memudahkan korang semua yang bercadang nak ke sana malam ni.

Selamat menyambut hari Merdeka & Bulan Ramadhan Al-Mubarak!

Terima kasih.

Regards,

Mohamad Nadmin Sulaiman

Read Full Post »

Goodbye 20082008!

Years come and go.. But today is a special day…

20082008

Double match. It happens only once in a lifetime. =)

So, i wish everybody good luck, good health, good business,

happiness and peacefulness. have a very wonderful day! =)

Read Full Post »

Geng UK ingat durang jer boleh main bid? Aku pun boleh..

So, aku pun nak tiru juga lah cara durang buat profit, ingat aku welfare ker aper nak tanggung semua kos.

Sekarang ni, ada 3 pembeli yang cancel untuk beli tshirt UK Release memandangkan size yang durang minta,

size L dah habis dibeli oleh bidder-bidder di UK… geng UK cakap, fair untuk semua… Siapa bid paling

tinggi, menang.. So, aku pun nak guna method yang sama. Aku akan jual kepada org yang offer paling

tinggi untuk tshirt ni. 🙂

Tshirt ni ada 3 helai saja lagi. Very limited edition. 2 size S, dan 1 ladies’s fitted.

Details :

SMALL 36″ – 25 T-shirts

Girls Fitted T – Size S – 5 T-shirts

Harga bida bermula pada harga asal tshirt, RM60. Bagaimana nak BID?

SMS BID <harga> ke 0125931850. Hahahahahahahaha…. Let’s roll babe… 🙂

Read Full Post »

Tarikh : Sabtu & Ahad ( Esok & Lusa )

Masa : 8.00 pagi – 5.00 ptg

Info : 3000 peluang pekerjaan – swasta & kerajaan.

Tempat : Bangunan Persekutuan Greentown, Ipoh.

Orang2 Perak boleh lah datang esok ya. Waktu dalam

meeting, aku cpt2 offer diri untuk incharge

deejay, multimedia & computer… 😉

untuk pertama kalinya, Karnival Pekerjaan akan

pasang lagu2 Indie.. wakakakakakak…. :woohoo:

sebelum2 ni, smua lagu 60-70an sebab pakcik2 yg

incharge…. zzzzzzzzzzzz…..

tolong jgn mosh okay….. Semua cd2 aku dah ready.

jeng jeng jeng…. mesti esok & lusa, Ipoh akan

banjir…. :woohoo:

have a nice day… 😉

Read Full Post »

belum.. sebab tee shirt Hujan 1st delivery baru sampai…

tapi sangkut di Kastam…

ada yang order tee shirt & CD.. membazir duit kalau

aku pos satu2……

Kastam ingat aku buat bisness… siap minta surat

AP.. gila ker apa…. aku akan selesaikan secepat mungkin….

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Read Full Post »

Ke hadapan semua raingers2 yang saya hormati.

Kesemua Tee shirt Hujan UK Release telah habis dijual.

Tiada cetakan semula sebab nama Tee shirt tu ialah Limited Edition.

Yang kedua, saya tidak lagi mengambil order untuk 2nd delivery

The Hujan UK Release EP kerana geng2 di UK sedang sibuk uruskan

account di UK sementara menunggu kedatangan Hujan ke sana

minggu depan. So, penjualan di Malaysia pun stop lah.

Hanya 18 order yang paling awal untuk 2nd delivery

yang saya ambil k. Dan separuh daripadanya telah

pun buat pembayaran. Terima kasih.

The Hujan UK Release EP – 2nd Delivery

   
No Name Contact No Address Payment Remark
1 Abdul Hafiz 017-xx
RM50.00
2 Zaiton Zainal 012-xxx
RM100.00
3 Mirrul 012-xxx
RM50.00
4 Iana 012-xxx
RM50.00
5 Arafat Ridzuan 012-xxx

2
6 Rino 017-xxx
RM50.00
7 Nulu 012-xxx

1
8 Bett 012-xxx

2
9 Bondarock 012-xxx

1
10 Nik 014-xxx
RM50.00 1
11 Miey 012-xxx
RM50.00 1
12 Fadli Othman 013-xxx

1
13 Isihara 012-xxx
RM150.00 3

So, jumlah CD yang terjual di sini ialah 36 keping.

Kepada pembeli2 2nd delivery, saya akan kontek anda bila CD dah sampai.

Selepas ni, kepada yang lain tolong jangan sms @ call tanya tentang CD UK ni lagi.

Banyak sangat benda yang saya kena buat di dalam real life skrg.

Yang ketiga, tolong jangan merayu sms untuk beli tee shirt Hujan

local print. Bila saya tak reply sms, x jawab call, bukan bermakna

saya sombong tetapi saya busy.. Sekali dapat 10 sms tanya pasal

tee, cd, dll… Penat lah aku nak jawab semua soalan…

Sekali lagi saya nak cakap di sini :

Saya bukan official crew untuk Hujan dalam apa jua posisi pun.

Saya hanyalah kawan kepada Ag, sessionist Hujan. Selain daripada

itu, saya sama seperti anda semua, seorang raingers yang minat

lagu2 kumpulan Hujan.

So, kalau nak beli tee shirt, CD EP, dll, datang lah ke gigs2

Hujan. sebarang persoalan, boleh kemukakan di laman web rasmi

Hujan @ http://www.myspace.com/kugiranhujan .

kalau nak tanya pasal harga show, dsb, bukan call

@ sms saya tetapi call Manager Hujan, Cik Ecah :

0126159226

peranan saya dalam Hujan Ke UK Foundation dah tamat.

Hujan pun dah confirm semuanya, jadual, dll untuk ke UK pada

Isnin minggu depan. Syukur alhamdulillah… sekarang ni,

peranan kita semua ialah berdoa semoga Hujan selamat pergi.

selamat buat show, dan selamat pulang ke Malaysia..

untuk 1st delivery, saya akan post minggu depan, selepas 25hb

iaitu tarikh saya dapat gaji. sebabnya, saya yang akan tanggung

kos penghantaran. so, semua diharap bersabar… sama seperti

saya bersabar selama ini. 2nd delivery akan sampai bulan depan,

iaitu selepas Hujan balik dari UK, 8hb April gitu lah.

tee shirt telah dipos pada minggu lepas, dan saya rasa akan

sampai ke Malaysia minggu depan.

Saya harap anda semua faham akan situasi saya kerana saya ada

kerja tetap dan kehidupan sama seperti anda semua.

Saya bukan emo, saya cuma letih.

Sekian terima kasih.

Nadmin Sulaiman @ hujanlebat

Read Full Post »

Older Posts »