Feeds:
Posts
Comments

Archive for May, 2009

AIM MASIH DITAKUK LAMA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terbabit dalam menjayakan Anugerah Industri Musik 16 ( AIM16 ) yang diadakan di PWTC pada 2 Mei 2009 yang lepas.

Tidak dapat dinafikan bahawa AIM16 adalah sebuah platform yang sangat disegani di dalam mengangkat dan menghargai bakat karyawan muzik tempatan, tanpa mengikuti trend anugerah yang berdasarkan undi sms dan populariti.

Tetapi, saya amat kecewa dan berani mengatakan bahawa AIM16 masih ditakuk lama dan tidak     ‘bebas ‘sepenuhnya apabila album Lentera Timur dinobatkan sebagai Album Terbaik bagi AIM16. Saya berani menyatakan bahawa keputusan ini bukan saja tidak dipersetujui oleh saya dan peminat-peminat musik di Malaysia bahkan diakui oleh ramai lagi karyawan-karyawan musik tempatan yang lain.

Biar saya nyatakan justifikasi kukuh untuk kenyataan yang saya nyatakan di atas. Pertama, pihak AIM16 seolah-olah ingin menafikan bahawa musik yang dibawa oleh kugiran bebas  ( Independent ) yang dipelopori oleh Hujan, Meet Uncle Hussein, Estranged, Bunkface, Bittersweet, Couple, Awanband, dan banyak lagi kugiran-kugiran bebas baru yang telah berjaya memberikan nafas baru kepada industri musik tanahair kita yang suatu  ketika tenggelam dikuasai oleh karya-karya dari seberang. AIM sepatutnya mengiktiraf karya-karya kugiran atau penyanyi bebas yang bertanding seperti Hujan untuk menyuntik semangat mereka untuk menghasilkan album yang lebih baik pada masa hadapan. Sebaliknya, AIM masih ingin mengangkat album yang berasaskan pop etnik sebagai Album Terbaik. Keputusan yang sangat kelakar  dan bias.

Alasan yang diberikan oleh salah seorang  daripada 11 individu yang yang bertindak sebagai penerbit album tersebut juga sangat kelakar. Beliau menyatakan bahawa kolaborasi yang melibatkan banyak penerbit untuk menghasilkan sesuatu album sangat tinggi cabaranya. Beliau juga menyatakan bahawa mungkin ciri inilah yang dilihat oleh juri-juri  berbanding album yang dihasilkan oleh seorang komposer.

Walaupun beliau tidak menyatakan nama komposer tersebut, tetapi saya rasa semua orang tahu yang kata-kata itu ditujukan kepada Noh Hujan, yang menerbitkan album HUJAN. Kemudian, saya merujuk pula kepada kata-kata orang kuat AIM yang bertindak sebagai penerbit AIM16, mewakili Persatuan Akademi Industri Musik Malaysia ( Akademi ). Saya bersetuju dengan pendapat beliau mengenai konsistensi, aspek vocal, dan susunan musik yang ditelah dicurahkan ke dalam penghasilan album Lentera Timur. Siapa yang tidak kenal dengan 11 penerbit album Lentera Timur yang terdiri daripada nama-nama besar industri seperti Aubrey Suito, M. Nasir, Adnan Abu Hassan, Johan Nawawi, dan ramai lagi. Album itu bertambah gah apabila penyanyinya adalah Datuk Siti Nurhaliza.

Tetapi, mengapa penerbit AIM16  tersebut mengaitkan kemenangan album Lentera Timur dengan kos yang dihabiskan Datuk Siti Nurhaliza di dalam pembikinan album tersebut? Saya rasa, semua orang tahu yang Datuk Siti Nurhaliza adalah jutawan. Salahkah kita mengiktiraf kugiran-kugiran atau penyanyi bebas yang baru nak bernafas di dalam industri kita ini? Memang, tidak dinafikan mereka tidak mempunyai wang yang banyak seperti artis-artis yang dah lama bertapak di dalam industri ini, tetapi itu bukanlah alasan untuk meng’anak’ tiri kan mereka. Percayalah, tindakan yang tidak profesional inilah yang akan mengakibatkan kugiran-kugiran dan penyanyi bebas berhenti untuk terus berkarya. Mengapa?

Kerana mereka bukanlah jutawan yang dapat mengupah komposer-komposer dan penerbit-penerbit yang terkenal seperti artis yang sudah masyur. Mereka hanyalah pecinta musik dan seni yang ingin menyampaikan dan berkongsi hasil karya mereka kepada penggemar-penggemar musik tempatan, bukan niat untuk menguasai industri musik ini. Tetapi, sekiranya sikap di’anak’ tirikan ini diteruskan, saya percaya, musik dari seberang dan luar negara akan kembali menguasai industri kita yang lebih mengutamakan musik yang mengikut populariti penyanyi, komposer dan penerbit album. Cuba renung, lihat dan belajar bagaimana Grammy Awards mengiktiraf artis-artis dan label Independent yang memenangi 56 daripada 110 anugerah yang dipertandingkan. Itu bermakna, hampir 50% daripada anugerah di Grammy Awards dimenangi oleh artis-artis bebas.Walaupun industri kita tidaklah sebesar dan sehebat  itu, tetapi kita mampu untuk mengubah industri musik tanahair kita sekiranya kita berani menyahut cabaran untuk berbuat demikian dengan mengiktiraf karya-karya dari kugiran dan artis bebas, bukan sekadar mengikut modul ‘lama’ yang tidak lagi relevan.

Justeru, kesimpulan yang saya dapat simpulkan di sini ialah, untuk Anugerah Album Terbaik, album yang dihasilkan dengan mengupah paling ramai komposer dan penerbit yang masyur dan popular, ditambah dengan populariti penyanyi dan kos paling mahal untuk pembikinan album,  semestinya akan memenangi anugerah tersebut.

Di sini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada kugiran Hujan dan Meet Uncle Hussein, di atas kemenangan masing-masing di AIM16 pada malam yang penuh gemilang di Dewan Merdeka di PWTC. Persembahan kolaborasi yang cukup hebat dan mantap yang membuatkan penonton di Dewan Merdeka mahupun penonton di rumah teruja dan terhibur. Mereka telah berjaya membuktikan bahawa musik yang dibawa oleh kugiran-kugiran bebas juga setanding dengan karya-karya artis-artis di bawah syarikat rakaman. Saya berharap mereka akan terus menghasilkan karya-karya yang hebat di masa hadapan dan terus mewarnai industri musik tanahair kita yang tercinta ini.

Saya mewakili semua peminat-peminat dan pecinta-pecinta musik yang dibawa oleh artis-artis bebas samaada kugiran ataupun penyanyi Malaysia, berjanji untuk terus menyokong perjuangan memartabatkan musik tempatan supaya terus maju dan berjaya di peringkat antarabangsa.

Sekian, terima kasih.

“KE ARAH MEMARTABATKAN INDUSTRI MUSIK MALAYSIA”

Yang benar,

Mohd Nadmin Sulaiman

Read Full Post »

Kenapa korang perlu datang show ini?

1. FOC beb!!! ( Free Of Charge )

2. FREE

3. FREE

4. 9th May, ada Mohd Jayzuan, Paolo Delfino, Bo Amir Iqram, Shahridir and Sasuka.

5. 10th May, ada Free Love ( Jayzuan jugak! ), HUJAN, Muck, The Hollows and Edwin from A.P.U.

6. Kpd raingers, Noh akan body surf lagi pada show kali ni. So, yang tak

sempat dtg AIM haritu,  let’s roll babe!!!

7. Venue: Homegrown Space, Wisma Bentley  (Mutiara Damansara).

Soalan :

1. Abg ( abg tu beb!! jgn jeles!! ) mcm mana nak pegi Wisma Bentley ni? Kami tak pernah pegi la. Mcm mane ni..

Jawapan :

1. Senang je!! Wisma Bentley tu same bangunan dgn Courts Mammoth!! Ini rupa Wisma Bentley.

220_bentley%20music

2. Ini peta utk ke Wisma Bentley :

MDMap

So, tunggu apa lagi? Cya guys there!!

Regards,

Nadmin Sulaiman
Penunjuk Jalan Ke Gig Hujan

P/S : Raingers, dll tolong sebarkan…

Download soft-copy post aku di sini :

http://www.savefile.com/files/2096284


Siap dengan coding utk html… =)

Copy paste je!!

Thanks!!!

Read Full Post »