Feeds:
Posts
Comments

AIM MASIH DITAKUK LAMA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terbabit dalam menjayakan Anugerah Industri Musik 16 ( AIM16 ) yang diadakan di PWTC pada 2 Mei 2009 yang lepas.

Tidak dapat dinafikan bahawa AIM16 adalah sebuah platform yang sangat disegani di dalam mengangkat dan menghargai bakat karyawan muzik tempatan, tanpa mengikuti trend anugerah yang berdasarkan undi sms dan populariti.

Tetapi, saya amat kecewa dan berani mengatakan bahawa AIM16 masih ditakuk lama dan tidak     ‘bebas ‘sepenuhnya apabila album Lentera Timur dinobatkan sebagai Album Terbaik bagi AIM16. Saya berani menyatakan bahawa keputusan ini bukan saja tidak dipersetujui oleh saya dan peminat-peminat musik di Malaysia bahkan diakui oleh ramai lagi karyawan-karyawan musik tempatan yang lain.

Biar saya nyatakan justifikasi kukuh untuk kenyataan yang saya nyatakan di atas. Pertama, pihak AIM16 seolah-olah ingin menafikan bahawa musik yang dibawa oleh kugiran bebas  ( Independent ) yang dipelopori oleh Hujan, Meet Uncle Hussein, Estranged, Bunkface, Bittersweet, Couple, Awanband, dan banyak lagi kugiran-kugiran bebas baru yang telah berjaya memberikan nafas baru kepada industri musik tanahair kita yang suatu  ketika tenggelam dikuasai oleh karya-karya dari seberang. AIM sepatutnya mengiktiraf karya-karya kugiran atau penyanyi bebas yang bertanding seperti Hujan untuk menyuntik semangat mereka untuk menghasilkan album yang lebih baik pada masa hadapan. Sebaliknya, AIM masih ingin mengangkat album yang berasaskan pop etnik sebagai Album Terbaik. Keputusan yang sangat kelakar  dan bias.

Alasan yang diberikan oleh salah seorang  daripada 11 individu yang yang bertindak sebagai penerbit album tersebut juga sangat kelakar. Beliau menyatakan bahawa kolaborasi yang melibatkan banyak penerbit untuk menghasilkan sesuatu album sangat tinggi cabaranya. Beliau juga menyatakan bahawa mungkin ciri inilah yang dilihat oleh juri-juri  berbanding album yang dihasilkan oleh seorang komposer.

Walaupun beliau tidak menyatakan nama komposer tersebut, tetapi saya rasa semua orang tahu yang kata-kata itu ditujukan kepada Noh Hujan, yang menerbitkan album HUJAN. Kemudian, saya merujuk pula kepada kata-kata orang kuat AIM yang bertindak sebagai penerbit AIM16, mewakili Persatuan Akademi Industri Musik Malaysia ( Akademi ). Saya bersetuju dengan pendapat beliau mengenai konsistensi, aspek vocal, dan susunan musik yang ditelah dicurahkan ke dalam penghasilan album Lentera Timur. Siapa yang tidak kenal dengan 11 penerbit album Lentera Timur yang terdiri daripada nama-nama besar industri seperti Aubrey Suito, M. Nasir, Adnan Abu Hassan, Johan Nawawi, dan ramai lagi. Album itu bertambah gah apabila penyanyinya adalah Datuk Siti Nurhaliza.

Tetapi, mengapa penerbit AIM16  tersebut mengaitkan kemenangan album Lentera Timur dengan kos yang dihabiskan Datuk Siti Nurhaliza di dalam pembikinan album tersebut? Saya rasa, semua orang tahu yang Datuk Siti Nurhaliza adalah jutawan. Salahkah kita mengiktiraf kugiran-kugiran atau penyanyi bebas yang baru nak bernafas di dalam industri kita ini? Memang, tidak dinafikan mereka tidak mempunyai wang yang banyak seperti artis-artis yang dah lama bertapak di dalam industri ini, tetapi itu bukanlah alasan untuk meng’anak’ tiri kan mereka. Percayalah, tindakan yang tidak profesional inilah yang akan mengakibatkan kugiran-kugiran dan penyanyi bebas berhenti untuk terus berkarya. Mengapa?

Kerana mereka bukanlah jutawan yang dapat mengupah komposer-komposer dan penerbit-penerbit yang terkenal seperti artis yang sudah masyur. Mereka hanyalah pecinta musik dan seni yang ingin menyampaikan dan berkongsi hasil karya mereka kepada penggemar-penggemar musik tempatan, bukan niat untuk menguasai industri musik ini. Tetapi, sekiranya sikap di’anak’ tirikan ini diteruskan, saya percaya, musik dari seberang dan luar negara akan kembali menguasai industri kita yang lebih mengutamakan musik yang mengikut populariti penyanyi, komposer dan penerbit album. Cuba renung, lihat dan belajar bagaimana Grammy Awards mengiktiraf artis-artis dan label Independent yang memenangi 56 daripada 110 anugerah yang dipertandingkan. Itu bermakna, hampir 50% daripada anugerah di Grammy Awards dimenangi oleh artis-artis bebas.Walaupun industri kita tidaklah sebesar dan sehebat  itu, tetapi kita mampu untuk mengubah industri musik tanahair kita sekiranya kita berani menyahut cabaran untuk berbuat demikian dengan mengiktiraf karya-karya dari kugiran dan artis bebas, bukan sekadar mengikut modul ‘lama’ yang tidak lagi relevan.

Justeru, kesimpulan yang saya dapat simpulkan di sini ialah, untuk Anugerah Album Terbaik, album yang dihasilkan dengan mengupah paling ramai komposer dan penerbit yang masyur dan popular, ditambah dengan populariti penyanyi dan kos paling mahal untuk pembikinan album,  semestinya akan memenangi anugerah tersebut.

Di sini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada kugiran Hujan dan Meet Uncle Hussein, di atas kemenangan masing-masing di AIM16 pada malam yang penuh gemilang di Dewan Merdeka di PWTC. Persembahan kolaborasi yang cukup hebat dan mantap yang membuatkan penonton di Dewan Merdeka mahupun penonton di rumah teruja dan terhibur. Mereka telah berjaya membuktikan bahawa musik yang dibawa oleh kugiran-kugiran bebas juga setanding dengan karya-karya artis-artis di bawah syarikat rakaman. Saya berharap mereka akan terus menghasilkan karya-karya yang hebat di masa hadapan dan terus mewarnai industri musik tanahair kita yang tercinta ini.

Saya mewakili semua peminat-peminat dan pecinta-pecinta musik yang dibawa oleh artis-artis bebas samaada kugiran ataupun penyanyi Malaysia, berjanji untuk terus menyokong perjuangan memartabatkan musik tempatan supaya terus maju dan berjaya di peringkat antarabangsa.

Sekian, terima kasih.

“KE ARAH MEMARTABATKAN INDUSTRI MUSIK MALAYSIA”

Yang benar,

Mohd Nadmin Sulaiman

Kenapa korang perlu datang show ini?

1. FOC beb!!! ( Free Of Charge )

2. FREE

3. FREE

4. 9th May, ada Mohd Jayzuan, Paolo Delfino, Bo Amir Iqram, Shahridir and Sasuka.

5. 10th May, ada Free Love ( Jayzuan jugak! ), HUJAN, Muck, The Hollows and Edwin from A.P.U.

6. Kpd raingers, Noh akan body surf lagi pada show kali ni. So, yang tak

sempat dtg AIM haritu,  let’s roll babe!!!

7. Venue: Homegrown Space, Wisma Bentley  (Mutiara Damansara).

Soalan :

1. Abg ( abg tu beb!! jgn jeles!! ) mcm mana nak pegi Wisma Bentley ni? Kami tak pernah pegi la. Mcm mane ni..

Jawapan :

1. Senang je!! Wisma Bentley tu same bangunan dgn Courts Mammoth!! Ini rupa Wisma Bentley.

220_bentley%20music

2. Ini peta utk ke Wisma Bentley :

MDMap

So, tunggu apa lagi? Cya guys there!!

Regards,

Nadmin Sulaiman
Penunjuk Jalan Ke Gig Hujan

P/S : Raingers, dll tolong sebarkan…

Download soft-copy post aku di sini :

http://www.savefile.com/files/2096284


Siap dengan coding utk html… =)

Copy paste je!!

Thanks!!!

Assalamualaikum dan selamat malam.

Alhamdulillahi nahmadahu, wanastai’emuhu, wanuzubillah hi minsyuru rianfusina, wa min saiiya ti a’malina, manyahdinillah hu faza mudillalah. Waman yudlilhu, fazaha diyalah..

Bersyukur kita pada malam ini, kerana dapat sama-sama kita membaca bulletin rasmi Kugiran Hujan di Myspace.

Raingers-raingers yang disayangi, Hujan akan ke Indonesia & Singapore tidak lama lagi…

Hujan tercalon di final Hits @ 1 untuk lagu “Bila Aku Sudah Tiada”.

Hujan juga tercalon untuk kategori Artis Berkumpulan / Duo Terbaik bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian.. Doakan Hujan dan teruskan menyokong Hujan jika anda mahu Hujan terus maju di masa hadapan..

Di pihak Hujan, kami akan buat yang terbaik untuk semua raingers-raingers dan rakan-rakan yang terus menyokong kami walaupun pelbagai tohmahan dan fitnah yang kami terima.

Di kesempatan ini ( walaupun bukan hari raya ), kami ingin memohon maaf sekiranya kami pernah menyinggung hati mana-mana pihak..

Sesungguhnya, Hujan dah buat yg terbaik untuk puaskan hari semua org….

Prinsip kami, terus main musik, belasah saja, yakin boleh kerana semua ini adalah Dugaan-Nya… =)

Tanpa sokong korang semua, kami semua takkan sampai ke tahap ini.

Oleh itu, jutaan terima kasih kepada korang semua!!!

Terima kasih!!!!!!!!!!!!!!!

LOVE & REGARDS, HUJAN

—————————————————————————-

Tentang Anugerah Bintang Popular Berita Harian

1. Untuk vote Hujan, korang semua leh beli akhbar Berita Harian dari Isnin Hingga Khamis..

2. Pembetulan, borang memang tak boleh diphotostat. Hanya borang original. Sorry sorry.

3. Hujan adalah top 5 untuk Artis Berkumpulan / Duo Terbaik bersama-sama dgn Meet Uncle Hussein, Estranged, M.Nasir/ Malik dan Fabulous Cat.

4. Kalau anda rasa Hujan layak jadi Artis Berkumpulan / Dua Terbaik, sila lah undi Hujan sebanyak dan seikhlas mungkin. —————————————————————————-

Tentang Final Hits 1 – Bila Aku Sudah Tiada

1. Ada 2 cara untuk undi Hujan.

2. Sekiranya ada kredit ( maxis, digi, celcom, umobile ), taip HITS1(space)TIADA dan hantar ke 32776. 3. Sekiranya anda mempunyai telefon tetap di rumah, boleh dial 13776 dan tekan

3. Tak perlu buang masa dengar pilihan lagu-lagu lain. Setiap call dicharge sebanyak 50 sen. —————————————————————————–

1. Klik link ini : http://www.hotfm.com.my/menumuzik_hotfm.asp

2. Isi form yg simple gila ini :

Photobucket

3. Then hantar. Siap lah!!

Photobucket 4. Ianya mudah, percuma dan cepat. So, jom lah support AwanBand – local band indiependent band. =)

5. Kalau nak dengar lagu AwanBand, masuk sini : http://www.myspace.com/awanberaraklalu

Have a nice day.

Raingers,

CD ( Audio Live ), VCD ( Video + Audio Live ), dan VCD Karaoke

( Video Live + Audio Original ) telah keluar di pasaran minggu lepas.
Korang leh dapatkan CD, VCD tersebut di mana-mana kedai Speedy, Rock

Corner, kedai musik berhampiran korang.
Siapa yang patut beli :

1.Raingers² dan pendengar² musik HUJAN, mesti beli!!
2.Kepada pengumpul-pengumpul koleksi CD² HUJAN, ini lah peluang

korang untuk menambah koleksi.
3.Kepada yang tak dapat hadir ke Showcase HUJAN yg lepas sebab

jauh, mak tak bagi, dating, kenduri kahwin, kenduri sunat, tak de sapa

jaga adik di rumah, tertinggal bas, tak tahu jalan, balik kampung, tak dapat

cuti, tak boleh pecah tabung, kad bank kena telan, tiket hilang, demam,

selsema, chikunkuya, dll, boleh la dapatkan di kedai berhampiran anda.
4. Hadiah kepada awek, coz kebanyakan perempuan suka lagu Aku Skandal.
5. Hadiah kepada bf, coz kebanyakan lelaki suka lagu Aku Skandal gak.
6. Hadiah kepada bos, coz kebanyakan bos memang suka sangat lagu Aku Skandal.
7.Hadiah kepada kawan yg keja askar @ polis @ JPA kerana durang

semua suka lagu Dugaan-Nya.
8. Hadiah kepada abang, coz dia mesti suka lagu Pagi Yang Gelap.
9.Hadiah kepada mat rempit kereta dan motor kerana durang mesti

suka lagu Jiwa Kelajuan.
10. Hadiah pada ex-korang coz durang mesti suka lagu Rantai Rasa, Pijak Hatiku, & Kotak Hati.
11. Hadiah pada kawan-kawan coz Bila Aku Sudah Tiada memang sesuai sebelum pindah dari rumah sewa, hostel, dll.
12. Bila rasa geram dgn Amerika & Israel, boleh dgr lagu Ludah Amerika!!!!
13. Baru dapat duit PTPTN, terus beli!! Jangan tunggu!!!
14. Kepada student yang selalu study lewat : Lagu-lagu live ni sememangnya akan membantu menghilangkan keboringan korang.
15. Tengah bersedih, baru clash dgn bf/gf ???!! Jgn risau!!! Dengar saja lagu-lagu seperti Pijak Hatiku, Aku Skandal dan
KU Mahu Kau Tahu.
16. Kena pindah rumah?? Study oversea??? Pindah tempat kerja???!! Terpaksa tinggalkan awek??? Dengar lah Ahmoi Chantek.
17. Rasa nak lompatt???!!!! Dengar saja Empayarmu.!!
18. Jangan lupa, Coco & FreeLove pun ada dalam VCD tersebut.
!!!

Sekian, trima kasih!!!!!!!!

BEST REGARDS,

HUJAN

Salam.

1. My name is Nadmin Sulaiman and i’m the KugiranHujanKeUK’s official representative in Malaysia.

http://www.facebook.com/group.php?gid=19244158144

http://hujankeuk.blogspot.com/

2. Tergeliat otak nak tulis dlm omputeh, so aku cakap Melayu je la. Aku bukan study di UK pun.

3.  Tahun lepas, encik Ainuddin Hilmi ( CO-Founder KugiranHujankeUK ) telah menghantar 10 baki T-shirts HUJAN UK Tour 2008 dari UK.

4. 1 untuk Encik Noh, 1 untuk Encik Ag, 1 untuk Aku, dan 1 untuk Kakak Aku yang beli UK Relase 1st Edition.

 

5. So, skrg ni ada baki lagi 6 T-shirts yang Encik Ainuddin suruh jual. Harga asal T-Shirts ini adalah RM70 duit Malaysia a.k.a 14 Pounds Sterling termasuk duit postage. Pound Sterling waktu tu masih mahal kerana Wall Street masih belum ‘musnah’ seperti sekarang.

Baki T-shirts : 5 Helai

Size :

Girls Fitted T – 5 Helai

LARGE 42″ – 1 Helai

6. Oleh kerana T-Shirts ini sangat limited, dengan segala hormatnya akuakan memulakan siri Lelongan T-Shirts UK Tour 2008 selepas kejayaan siri Lelongan T-Shirts UK Release 2008 sebelum ni yg berjaya dijual RM120 per T-shirts.

https://averysimplelife.wordpress.com/2008/05/15/the-hujan-uk-release-tshirt-sell-to-the-highest-bidder/

7. Kepada sesiapa yang berminat, boleh lah menghantar bidaan anda ke 0125931850. Harga bidaan permulaan untuk Girl Fitted T ialah RM70, manakala LARGE 42″ ialah RM80.

8. Please remember, this deal is STRICTLY JUST A BUSINESS. Siapa cepat, dia yang dapat. Siapa offer paling tinggi pun dia dapat.

9. So, tolong lah. Tolong lah jgn sms tanya macam-macam, itu ini kerana aku sangat busy. Aku buat ni pun sebab nak selesaikan amanah dari Ainuddin Hilmi yang dah lama tertangguh.

Frequently Asked Question(s)

Min, size lain ade tak?

– Tak faham bahasa ke apa. Kan dah cakap kat atas, tinggal size Girl Fitted dan Large saja.

10. Kepada Pawang Hujan, album HUJAN ko aku akan pos ke USA tak lama lagi kerana Obama baru saja jadi president. Aku malas nak pos waktu Bush jadi president sebenarnya. Hahahaha.

Sekian, terima kasih.

REGARDS,

Mohamad Nadmin Sulaiman

Aku tak pernah buat apa2 jenis vid promo sblum ni. Bak kata Noh, belasah saja. So, aku pun belasah lah.. Yg penting, korang datang Showcase nanti.. He he he…

Ini adalah sound-check yang bertukar jadi jamming session + practice.. Coz, Hujan mmg x pernah practice seingat aku. Practice = sound-check sblum show.. Itu aku confirm.. Hahaha…

Semua ni x dirancang, spontan jer… Coz kami ada banyak masa free sblum show di Sabah petang tu.

Yg menarik tentang vid ni, smua lagu² yg Hujan practice adalah lagu² baru dari album yg mana pada
waktu ni, album belum direlease lagi.

Youtube : http://www.youtube.com/user/hujanmakinlebat
Tarikh : 11.08.2008
Lokasi : Dewan UMS, Sabah

Lagu-lagu mengikut urutan video :

Pagi Yang Gelap ( Ska )
Empayarmu ( Ska )
Kuala Lumpur ( Ska )
Bila Aku Sudah Tiada ( new solo )
Jiwa Kelajuan
Luka Mana ( Ska )
Pijak Hatiku
Rantai Rasa
DugaanNya

Enjoy!!! =)

Copy paste dari Bulletin Hujan di Myspace :

http://www.myspace.com/kugiranhujan

Assalamualaikum dan Salam Jumaat kepada semua.

Pertama-tama sekali, Hujan ingin memohon maaf kepada raingers²

terutama sekali raingers² dari Penang yang telah plan untuk datang ke

Levi’s Unbuttoned di Queensbay Mall, Penang.
Untuk pengetahuan korang,

show tersebut telah dipostpone kerana Levi’s ada tech problem berkaitan

dgn Venue.
Sekali lagi, kami betul² minta maaf coz benda ni

pun dimaklumkan last minit.
Insyaallah, tarikh yang baru akan

diupdate secepat mungkin.
Kami pun kecewa sebenarnya,

sebab show di Penang adalah show pertama

selepas bulan Puasa & Hari Raya! tetapi, mungkin ada hikmah di sebalik

semua tu. So, be cool k… 😉

Perkara kedua terpenting ialah, Hujan dengar cerita yang ada Flyers

KAMI The Gig pada hari Sabtu ni, di Bukit Jalil yang meletakkan nama

Hujan sebagai band yang akan perform.
Di sini, Hujan ingin elakkan

kekeliruan raingers²…

Jangan salah faham @ salah baca… Lagu² Hujan memang ada di dalam

KAMI The Movie tetapi Hujan tak terlibat dengan KAMI The Gig pada

Sabtu ni, di Bukit Jalil…. Harap korang semua faham, kami cuma nak

elakkan kekeliruan.. Nanti ada pula yang marah, kenapa Hujan tak dtg,

Hujan sombong, dsb.. Padahal, Hujan memang tak tahu apa-apa…

Fitnah-fitnah sebeginilah yang mengecewakan kami.. Kami harap korang

semua faham situasi kami..

Untuk pengetahuan semua, kitaorg sengaja rehat dari semua show

demi memastikan preparation untuk Special Showcase nanti berjalan

lancar…. =)

Sebabnya simple jer, ini adalah 1st show yang kitaorg organize dan

keluarkan duit sendiri untuk raingers² yang kami sayangi dan para pecinta

musik yang sudi ‘tune’ kan taste korang untuk Hujan…

Sekali lagi, kami ingin alu-alukan kepada semua raingers dan pecinta

musik untuk datang ke Showcase kami pada 25 Oct nanti..

Kepada yang ingin melihat bassist asal Hujan, Dimas, anda juga dijemput

hadir kerana Dimas akan datang dari Indonesia untuk perform bersama

Hujan pada showcase tersebut.
=)

Hujan juga akan memperkenalkan bassist terbaru Hujan dan bassist

terbaru kami ni pun akan perform sekali…. 😉

Akhir kata, kami akan jadikan showcase ini SPECIAL seperti yang kami

janjikan kerana pada akhir show, kami akan buat kejutan kepada semua

yang hadir…… =)

Hujan, rakan-rakan dan semua crew yang terlibat sedang bekerja keras

untuk memastikan showcase ini akan berjaya. Tolong doakan kami ya..

Semoga industri musik tanah air kita akan terus maju walaupun

pelbagai rintangan, dan Dugaan-Nya yang perlu kita tempuhi.. 😉

Terima kasih kerana terus menyokong Hujan.

Terima kasih kerana terus menyokong Hujan.

Terima kasih kerana terus menyokong Hujan.

Hujan nobody tanpa support & doa korang semua.. Terima kasih…..

BEST REGARDS,

HUJAN

Salam & Selamat petang semua. 🙂

Mungkin ramai nak tahu, kenapa showcase ni sangat penting buat Hujan.

Sebab ini adalah 1st time, julung-julung kali Hujan buat showcase spt ni. 🙂

Dan untuk pertama kalinya, Hujan akan perform & berinteraksi dgn raingers dgn

lebih dekat lagi selama 2 jam. Sebelum ni, memang tak ada satu waktu khas untuk raingers & Hujan

berinteraksi.. Lepas gig, show, dsb, kadang-kadang Hujan kena rush balik, kejar masa, dll…

So, di kesempatan ini, marilah kita sama-sama meramaikan majlis tersebut. Yang paling penting,

meriahkah showcase tersebut & enjoy the show at the same time. 😉

Mungkin Hujan leh bagi lebih banyak goodies seperti sticker kereta, pick guitar, dll – hadiah

kepada raingers bertuah nanti. Aku cuba cadangkan kepada Hujan. Insyaallah.
Sebelum aku terlupa,

  • tiket-tiket untuk Showcase Hujan boleh didapati seawal hari Rabu ni dari Planet Hollywood
  • guest band untuk Showcase Hujan nanti ialah Coco

Kepada Raingers,

tolong sebarkan maklumat ni samaada letak di blog, myspace, friendster, facebook, dll.

Ini adalah direct link untuk poster Hujan.

Ini code html untuk myspace & friendster. copy paste jer

<a href=”http://s150.photobucket.com/albums/s82/kurmajalis/hujan/?action=view&current=posterhujan.jpg” target=”_blank”><img src=”http://i150.photobucket.com/albums/s82/kurmajalis/hujan/posterhujan.jpg” border=”0″ alt=”Photobucket”></a>

Jumpa di sana!!!!!!!! Have a nice day. 🙂

Ramai penyokong Liverfool yang bergembira selepas kekalahan MU baru2 ni.

Sebagai penyokong MU, sikit pun aku tak terkejut. Walhal, aku dah jangkakan kekalahan ini.

Mungkin penyokong Liverfool, Chelshit, Arsengal dan lain-lain peminat EPL tidak tahu yang

nama lain bagi Manchester United ialah Red Devil.

Oleh kerana sekarang ni bulan Ramadhan @ bulan Puasa, semua syaitan-syaitan termasuklah

Syaitan Merah @ Red Devil sedang diikat.

Kekuatan MU bergantung kepada Syaitan Merah.

Kekuatan Liverfool bergantung kepada Calsberg. Bulan puasa pun orang boleh minum arak kan?

So, kepada penyokong² Liverfool, jangan seronok sangat k. Season panjang lagi.:)

Lepas bulan Ramadhan nanti, korang tahu lah.

Untuk menyedarkan diri korang, ini ada beberapa tatapan gambar untuk korang sumer… 🙂

GLORY GLORY MANCHESTER UNITED!!!~

Cheers!!