Feeds:
Posts
Comments

Archive for March, 2008

Ke hadapan raingers2…

Untuk pengetahuan semua, CD Hujan UK Release masih ada lagi, tetapi di UK…

Maksud habis sebelum ni ialah saya dah habis ambil order di Malaysia.

Tunggu Hujan balik ke Malaysia dan bawa pulang balance The Hujan UK Release untuk

dijual di Malaysia. Rasanya harga tetap sama, iaitu RM50.00.

Di mana dan bila, kena lah datang ke gigs2 Hujan selepas ni.

Sekali lagi, saya dah tak ambil apa² order untuk The Hujan UK Release.

Sekian terima kasih.

Have a nice day.

Read Full Post »

Ke hadapan semua raingers2 yang saya hormati.

Kesemua Tee shirt Hujan UK Release telah habis dijual.

Tiada cetakan semula sebab nama Tee shirt tu ialah Limited Edition.

Yang kedua, saya tidak lagi mengambil order untuk 2nd delivery

The Hujan UK Release EP kerana geng2 di UK sedang sibuk uruskan

account di UK sementara menunggu kedatangan Hujan ke sana

minggu depan. So, penjualan di Malaysia pun stop lah.

Hanya 18 order yang paling awal untuk 2nd delivery

yang saya ambil k. Dan separuh daripadanya telah

pun buat pembayaran. Terima kasih.

The Hujan UK Release EP – 2nd Delivery

   
No Name Contact No Address Payment Remark
1 Abdul Hafiz 017-xx
RM50.00
2 Zaiton Zainal 012-xxx
RM100.00
3 Mirrul 012-xxx
RM50.00
4 Iana 012-xxx
RM50.00
5 Arafat Ridzuan 012-xxx

2
6 Rino 017-xxx
RM50.00
7 Nulu 012-xxx

1
8 Bett 012-xxx

2
9 Bondarock 012-xxx

1
10 Nik 014-xxx
RM50.00 1
11 Miey 012-xxx
RM50.00 1
12 Fadli Othman 013-xxx

1
13 Isihara 012-xxx
RM150.00 3

So, jumlah CD yang terjual di sini ialah 36 keping.

Kepada pembeli2 2nd delivery, saya akan kontek anda bila CD dah sampai.

Selepas ni, kepada yang lain tolong jangan sms @ call tanya tentang CD UK ni lagi.

Banyak sangat benda yang saya kena buat di dalam real life skrg.

Yang ketiga, tolong jangan merayu sms untuk beli tee shirt Hujan

local print. Bila saya tak reply sms, x jawab call, bukan bermakna

saya sombong tetapi saya busy.. Sekali dapat 10 sms tanya pasal

tee, cd, dll… Penat lah aku nak jawab semua soalan…

Sekali lagi saya nak cakap di sini :

Saya bukan official crew untuk Hujan dalam apa jua posisi pun.

Saya hanyalah kawan kepada Ag, sessionist Hujan. Selain daripada

itu, saya sama seperti anda semua, seorang raingers yang minat

lagu2 kumpulan Hujan.

So, kalau nak beli tee shirt, CD EP, dll, datang lah ke gigs2

Hujan. sebarang persoalan, boleh kemukakan di laman web rasmi

Hujan @ http://www.myspace.com/kugiranhujan .

kalau nak tanya pasal harga show, dsb, bukan call

@ sms saya tetapi call Manager Hujan, Cik Ecah :

0126159226

peranan saya dalam Hujan Ke UK Foundation dah tamat.

Hujan pun dah confirm semuanya, jadual, dll untuk ke UK pada

Isnin minggu depan. Syukur alhamdulillah… sekarang ni,

peranan kita semua ialah berdoa semoga Hujan selamat pergi.

selamat buat show, dan selamat pulang ke Malaysia..

untuk 1st delivery, saya akan post minggu depan, selepas 25hb

iaitu tarikh saya dapat gaji. sebabnya, saya yang akan tanggung

kos penghantaran. so, semua diharap bersabar… sama seperti

saya bersabar selama ini. 2nd delivery akan sampai bulan depan,

iaitu selepas Hujan balik dari UK, 8hb April gitu lah.

tee shirt telah dipos pada minggu lepas, dan saya rasa akan

sampai ke Malaysia minggu depan.

Saya harap anda semua faham akan situasi saya kerana saya ada

kerja tetap dan kehidupan sama seperti anda semua.

Saya bukan emo, saya cuma letih.

Sekian terima kasih.

Nadmin Sulaiman @ hujanlebat

Read Full Post »

Aku suka filem ini. Sebabnya mudah. Ada kaitan dengan band Indie, gigs, & persahabatan. Aku tak ada basic dalam apa jenis seni pun – musik, filem, dll.

Tapi, sbagai golongan remaja dan golongan yang mahukan kelainan dlm musik tanahair kita sekarang, aku suka filem ni. Simple, relax, ada unsur lawak, sedih, gembira, dan ada banyak lagu2 band Indie yang dijadikan musik latar – Hujan & Komplot. Pelakon2 dia cool giler dan slumber.

Sebelum aku merepek banyak, baik aku tido dulu. Yang pasti, korang kena datang esok malam, di UM, Fakulti Pendidikan ( kalau tak silap… jangan malu bertanya ) jam 8 malam. Tiada bayaran yang dikenakan. Aku suka gila goodies yang durang bagi tadi. Macam2 ada dlm beg tu.

Invitation Card

Official Cupcakes untuk My Indie Rock Darling.

Dan yang paling rare ialah……………

Tee shirt!! 😉

So, jangan lupa esok di Universiti Malaya, jam 8 malam. Sama2 kamu semua meramaikan screening untuk esok hari k. Rugi tak tengok woiiiiiiii!!!

Salam tidur.. Zzzzzzzzzz….

Fakta Menarik My Indie Rock Darling

  • Umur pengarah 22 tahun
  • Student jurusan perfileman di UM
  • Peserta akhir Nescafe Kick Start
  • Filem ni dibuat dalam masa 3 minggu. Semua orang bekerja keras gila, x tido, dsb.
  • Modal yang sangat terhad, RM30k sahaja
  • Semoga dia berjaya. Amin

 

Read Full Post »

Petang Selasa yang macam boring. Semua bangun lewat, letih belum habis. Memang seronok tidor, hujan yang lebat menambahkan suasana syahdu nan mengantuk.

“Min, nak pi makan dak.. lepas tu, kita gi Pavillion, tengok screening My Indie Rock Darling .” offer Ag.

“Malas ar. Aku nak main games kat umah ja lah.” aku malas.

“Jom la pi sekali.. Kalau nak pi, siap cepat.”  Ag ulang.

Lepas fikir2 balik, boring gak duduk rumah. Lagipun, aku main dah main games dari kul 5 pagi lagi.

“Okay…”  aku pun siap2 lah.

Lepas makan di Tesco, Cheras kami semua pun gerak ke Pavillion, mmg awal skit coz kami taknak lewat. Kebetulan, Ecah, Enot & Dewi pun nak gi jalan2 di BB dulu. Aku ngan Ag ke Lowyatt coz Ag nak cari laptop sebelum ke UK dan barang2 untuk studio dia. Walaupun aku selalu silap lane, tapi kami sampai dgn selamat. Alhamdulillah.

Hujan yang lebat menyejukkan suasana petang yang makin nyaman. ( ayat cam haram jadah.. hahaha ) Lepas settle di Lowyatt, kami lepak di Kitaro. Ecah, Enot & Dewi pun sampai. Lepas tu, kawan2 yang lain pun sampai.

Ecah sibuk deal show utk Hujan.
 
 

Abis minum, semua jalan sama-sama ke GSC, Pavillion. Sampai di sana, semua nak ke toilet. Sempat lagi bergambar.

 

 Arghhhhhhhhhh.. dah 3.23 pagi.. aku letih, aku nak tido. so, aku pendekkan cerita je lah.

  Salah seorang pelakon My Indie Rock Darling.
Wakil dari MMU Cyber. Ecah pun join sekali. 
Wakil dari Click A Child. Bro Husan & Kakak pakai spek. Yang lain tu, hobi. 
Kak Fynn di Kaunter dan juga sebagai Emcee pada kali ini.
Awin, Enot & Dewi. 
Dewi, Enot, & Ecah. 
Mula2, aku ngan Ag mmg cadang nak gi kacau Kanai di Times Square, tapi baru teringat yang dia cuti. Tiba2 terjumpa dia Pavillion.
Semua org mula beratur.
Amirul Kareem & Alia, baru sampai. 
Boss Rantai & Kak Click A Child.
Semua ambil tempat masing2.. Malangnya, hanya 85 orang sahaja yang dibenarkan untuk invitation ini. So, yang tak ada pas invitation terpaksa keluar. Walaupun kecewa, tapi nak buat macam mana… Terpaksa.. kalau tak, screening tak diboleh dimulakan. Director, Razaisham sendiri yang minta maaf kerana perkara yang tak dapat dielakkan berlaku juga. Dia juga maklumkan, kepada yang tak boleh tengok hari ni, esok masih ada lagi. Durang akan buat screening di Universiti Malaya, di Fakulti Pendidikan, jam 8 malam. So, semua orang pun faham lah.. Terima kasih kepada yang beri kerjasama.
Abis semuanya, kami pun balik. Try nak buat gambar mcm Hujan di Pavillion, tapi tak jadi sebab aku tak tahu. He he he…
Terima kasih kepada semua yang terlibat Ag, Ecah, Enot, Dewi, Ah Seng, Boboi ( bagi pinjam kamera.. kamera aku abis batt.. dem lupa charge… ) Zack Komplot, Miss Fynn, Kareem, Alia, dan semua kawan2 yang aku x tersebut namanya dalam ni. Apa2 pun korang semua memang best… Aku sangat enjoy hari ni.
So long…. and gud nite…. ZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzz….

Read Full Post »

Pas masuk sudah ada dengan aku.. 😉

Mula2, aku minta 50 Pas. kemudian, atas

permintaan yg hangat, aku increase kepada 80…:)

Dan pemenang2 Anugerah Tiket Reserved Zoom In @ RTM ialah :

rainger Iana– 5
rainger farfan – 4
rainger amy– 8
rainger bondarock – 1
rainger Oozie – 5
rainger zazaville – 3
rainger gadis koma – 5
rainger cipan – 3
rainger dayannae – 2
rainger pawer rainger – 2
rainger payung – 2
rainger nulu – 14
rainger boyfriday – 5
rainger kikin – 3
rainger shasha – 1
rainger tengkubasri – 2
rainger ahyue – 2
rainger aku tensen – 4
rainger 3tymesfriday – 2
rainger rasta – 1

Total : 74

kenapa 74? sebab, lagi 6 tu aku reserved untuk

emergency case spt ada awek2 comel yang nak masuk

on the spot… he he he… 😉

have a nice day… 😉

Frequently Ask Question(s)

1 . Di mana, bagaimana, dan bila saya boleh mengambil Pas yang saya menang?

Aku akan berada di RTM dari esok pagi sehingga Zoom In @ RTM mula. Tempoh menuntut tiket ialah 10 pagi – 6 petang sahaja. Selepas dari waktu tu, jangan marah kalau aku tak jawab call @ sms. Thank you.

2. Bagaimanakah saya dapat menghubungi Encik HujanLebat @ Min?

Call @ Sms : 012-5931850 ( Celcom & Digi aku malas nak jawab )

3. Wei bro, poyo arh kau, reserved balance pas kat perempuan.

Pas aku, ikut suka aku lah nak bagi kat sapa pun.

p/s: yang order tiket banyak tu, make sure kawan2 anda datang..

tak adil utk yang tak dpt masuk hanya kerana tindakan anda. sekian..

Read Full Post »

Aku Yang Letih

Banyak sangat benda dalam real life aku perlu settle kan…

Banyak sangat bahan yang aku ada sampai aku tak sempat update dalam blog ni…

Banyak sangat kerja di ofis yang perlukan tindakan aku secepat mungkin…

Banyak sangat duit masuk yang perlu dijalankan…

Banyak sangat orang yang perlukan perhatian….

Banyak sangat orang yang perlu ditolong….

Banyak sangat… banyak sangat…. aku semakin letih……….

Banyak sangat yang aku nak buat…. banyak sangat yang aku ingin buat…

Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah aku kekuatan walaupun aku selalu melupakan-Mu…

Read Full Post »

Happy Birthday To You

Hari ni, 12 Mac 2008, birthday aku yang ke 23. Semakin hari semakin tua… He he..

Nothing special, terima sms, msg, comment di fs dari family & kawan2.

Ag suruh aku stay di KL, dan buat celebration dgn kawan2 dia.. Tapi aku kureng skit…

Apa2 pun, thank you for asking.

Thank you guys, especially kepada yg aku tak pernah jumpa pun di real life,

dan yang aku tak simpan pun no hp…. Tetapi durang still wish aku…

Thanks agains… Really appreciate it…. =)

So long and good night……….

Read Full Post »

AKHIRRRRRRRRRRRRRRRRRNNYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!

Setelah menempuh pelbagai dugaan seperti sangkut di Kastam, dsb….

AKU DAH DAPAT CD² The Hujan UK Release EP!!!

weeeeeehuuuuuuuuuuuuuuuuuu… senang hati aku.. 🙂

Ptg tadi, aku call Iedil Putra, jejaka yang terima

1st delivery The Hujan UK Release EP. dia cakap,

dia sepatutnya jumpa Ecah hari Jumaat lepas tapi

tak jadi. So, tarikh tu dipostpone ke hari ni. Hari

ni, Ecah pula bz… Iedil call tapi tak angkat,

maksudnya sangat bz di tempat kenduri.

Memandangkan dia sudah di KLCC, aku decide utk jumpa

dia terus, dan settle pasal CD2 ni..

Oleh kerana aku tak ada transport di sini,

aku bercadang utk jumpa dia di stesen LRT Masjid

Jamek. On the way aku nak balik rumah dan packing

beg untuk balik ke Ipoh terus, dia call dan cakap

dia kesiankan aku dan sanggup datang ke Bandar Tasik

Permaisuri, rumah Ag. 😉

20 min lepas tu, dia pun sampai. Alhamdulillah,

selamat dia tak sesat dan terus jumpa tempat ni..

Thank you very much Iedil Putra, kau telah

memudahkan kerja aku, dan legakan hati orang2 yang

order CD EP ni.. thanks again.. really appreciate it.. 😉

So, aku akan tinggalkan CD2 ni di rumah Ag utk

autograf Hujan… hujung minggu ni, aku akan kembali

ke KL dan ikut Zoom In Hujan, dan seterusnya ambil

CD2 ni dan edarkan kepada semua pembeli2…. 😉

Sesiapa yang order, di area KL, boleh lah berjumpa

terus dengan aku nanti…. That’s all for now…

Have a nice day… 😉

p/s: tee shirt Hujan UK Release akan di pos kepada aku weekend ni.. itu kata Ainuddin…Insyaallah.. :woohoo:

Read Full Post »

Usaha Tangga Kejayaan

He he he he…. Ayat terakhir aku untuk posting topik “Kecewa” ialah aku takkan give up untuk datang ke KL, utk show Hujan di MMU & shooting My Indie Rock Darling. I made it dude!

Selepas meeting, aku lost. Aku balik rumah sebelum solat Jumaat. Aku buka lagu Hujan – Bila Aku Sudah Tiada untuk cari idea sambil makan asap.

Macam2 benda datang dalam kepala otak. Apa yang aku perlu buat dulu. Apa yang aku kena buat. Apa yang aku kena postpone. Apa yang aku perlu siapkan a.s.a.p. Apa yang aku perlu decide untuk semuanya berjalan lancar. Sebelum ke KL, aku kena :

– Settle dengan ketua tempat mengundi

– Settle pasal org yang ganti aku untuk pilihanraya esok

– Settle Business Plan 2008 utk Februari

– Settle dengan SUK Perak pasal penyerahan tugas utk pilihanraya

– Settle pasal tiket bas yang belum ambil. Jadual aku bertembung dgn org nak balik mengundi.

– Settle dan confirm waktu aku ke KL coz Ag kena budget masa. Dia busy dgn kenduri awek dia – Leeya.

Dan aku ada 2 jam lebih untuk buat semua tu. Aku tak sempat nak stesen bas Medan Gopeng, jauh. Buang masa. Tiba2 teringat pasal internet. Aku online, surf no fone stesen bas di Medan Gopeng. Aku tanya Plusliner, tinggal jam 5.30 ptg saja. Yang lain full.

Ok booked.

– Settle pasal tiket bas yang belum ambil. Jadual aku bertembung dgn org nak balik mengundi.

Untuk make sure aku berada di tahap paling maksimum, aku mandi dulu.Hehe. Lepas tu, terus ke SUK untuk uruskan pasal pembatalan aku sebagai petugas SPR di Ipoh Barat.Tak best pasal SUK ialah kena bagi IC utk dapatkan ID di dalam bangunan. Secure lebih. Jumpa Encik Sharudin di Bahagian Kewangan. Dia tak ada. Ada di dewan tempat kotak mengundi dan semua brg2 berkaitan pilihanraya. Ada 2 org Polis jaga. Nasib x tanya banyak. So, aku jumpa dia, explain yang aku ada hal penting, tak boleh bertugas esok. Dia terus blur coz memang last minit. Esok dah nak pilihanraya. So, aku coolkan dia dan cakap aku dah jumpa org nak ganti iaitu kakak 1 ofis dgn aku. Aku convincekan dia lagi yang kakak ni mmg pernah jadi petugas SPR tahun2 sebelumnya. Terus dia bagi borang utk kakak tu isi, dan aku kena rush balik ofis. Alhamdulillah, smua lancar.

Settle pasal org yang ganti aku untuk pilihanraya esok

Settle dengan SUK Perak pasal penyerahan tugas utk pilihanraya

Di ofis, sementara tunggu kakak tu isi semua borang, aku sempat jawab msg2 member2 di ym. Yang sembang pasal pilihanraya, tak penting, semua aku close. Sorry. Aku kena rush.

tiba2 Pen. Pengarah aku :

“Nadmin, Business Plan dah siap belum. Kena submit ke HQ before 10hb.”

Terus aku settle sambil2 jawab msg di YM. He he..

“Okay!. Dah siap. Dah email.”

Settle Business Plan 2008 utk Februari

Terus aku sms Ag, confirm yang aku akan bertolak pukul 5.30 ptg.

Settle dan confirm waktu aku ke KL coz Ag kena budget masa. Dia busy dgn kenduri awek dia – Leeya.

Then, aku call ketua tempat mengundi dan cakap yang semuanya dah settle pasal org yang akan ganti aku esok. Aku explain semua sehinggakan dia berpuas hati. Aku rasa bersalah coz aku yang nak sangat dulu tugas tu utk cari duit lebih. Tapi aku rasa lega sangat coz dapat cari pengganti, dan proses pilihanraya esok berjalan spt biasa. Yeah!!

Settle dengan ketua tempat mengundi

Semua dah settle, aku terus shoot ke Medan Gopeng. Bayar parking untuk 3 hari. Naik bas. Bersyukur sangat sebab semua dimudahkan.

Alhamdulillah, Allah mudahkan segala urusan aku. Moral of the story, nak seribu daya, taknak seribu dalih. If you want something, go for it, fight for it. Gunakan semua jenis plan, plan A, plan B, C dan seterusnya. Aku puas hati.

Aku sampai KL dalam kul 8 mlm. to be continue….

Read Full Post »

Kecewa

Dari KL, tiket harga tiket bas jadi double coz ramai yang balik untuk mengundi. Tak kisah.

Ulat yg jual tiket cakap, bas kul 11 mlm. Tapi bas bertolak pukul 1 pagi. Tak kisah.

Ulat jual tiket cakap, naik di Pudu. Tapi sebenarnya kena jalan, naik jejantas cross jalan coz hujan. Pastu, jalan naik tangga ke mana ntah, ikut belakang rumah org, sampai ke tempat Bas Persiaran. Naik di situ. Tak kisah.

4.30 pagi. Check hp, ada miss call dari Ana, tak jawab sebab tertido. Tak kisah.

Balik rumah tido. Kunci jam, 7.30 pagi. Sedar² ada call dari ofis, dah jam 8.45. Tak kisah.

Datang ofis, punch card kul 9.15, merah. Tak kisah.

Durang suruh breakfast dulu sebelum mesyuarat. Tak kisah

Kena masuk mesyuarat. MEMANG AKU KISAHHHHHHHHHHHHHH!!!

Meeting pasal Job Fair mesti sampai petang coz melibatkan 7 daerah di Perak, melibatkan semua OC, mesti banyak benda yang nak dibincangkan. So……

Secara automatiknya, rancangan aku untuk ke KL lepas lunch gagal. Maksudnya, aku tak dapat ikut ke MMU Voices Of Charity 2008 dan shooting My Indie Rock Darling selepas itu.

“Rugi tak mai Min.. Mesti Grand nih….” kata Ag sambil gelak jahat sblm aku balik Ipoh.

Ini bukan soal MC kerajaan senang dapat. Bukan soal cuti. Annual leave aku banyak lagi.

Plan sebenar aku ialah ke KL lepas lunch, pastu shoot balik ke Ipoh dalam pukul 2-3 pagi selepas tengok Hujan di MMU dan shooting Hujan utk filem My Indie Rock Darling.

Kenapa aku perlu balik Ipoh. Sebab awal tahun 2008, aku gatal tangan isi borang utk cari duit lebih + isi masa lapang dengan bertugas dengan SPR waktu hari mengundi. Padan muka aku.

Kalau aku tahu jadi begini, memang aku akan cancel. Damnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!!!

But, i have to admit that everything already happened. Meeting dah nak mula.

Bye….

p/s : i wouldn’t give up. aku akan cari orang yang sanggup ganti aku di hari mengundi.

Read Full Post »

Older Posts »