Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘dugong’

Akhirnya……..

Setelah menempuh pelbagai dugaan dan masalah, aku berjaya juga selesaikan penghantaran untuk

pembeli² 2nd Delivery The Hujan UK Release EP. 🙂

Masalahnya tak banyak pun sebenarnya, cuma beberapa kali perkara yang tak sepatutnya berlaku,

berlaku pada masa yang kurang sesuai. Contohnya aku tertinggal beg CD UK Release kat rumah Ag, bila

dah sampai Ipoh baru sedar.

Masalah lain waktu mendapatkan autograf, memandangkan ada satu

ketika tu, Ag busy dgn Coco, Noh ke Bandung dgn family, Am ada show dgn band Bintang Batu dan Dugong

balik ke Taiping. Dalam tempoh tu juga, aku tersangat busy dengan kerja, kusus induksi 2 minggu, exam

Jabatan, dsb… untuk pengetahuan raingers² yg beli 2nd delivery, selepas Hujan ke UK, aku memang tak

sempat ikut ke show² durang mcm dulu memandangkan annual leave aku untuk separuh tahun dah habis.

Alhamdulillah, sekarang ni aku dah boleh aktif balik walaupun annual leave aku dah tinggal 2 hari, untuk

Hari Raya nanti.. he he he… :p

Alhamdulillah, lepas aku sendiri ke KL beberapa kali, selesai juga semuanya.

Itu pun ada masalah juga minggu lepas. Oleh kerana takut terlewat naik bas, aku bawa semua CD² yang

aku nak pos ke KL Jumaat lepas. Kononya nak pos dari KL lah. Bila semua dah ready, baru aku perasan,

aku terlupa cop alamat untuk 2 salinan Pos Laju memandangkan aku pakai alamat ofis. Bayangkan ada 11

penghantaran, 11 x 3 = 33 kali kena tulis alamat… Memandangkan aku memang tak bawa cop ofis, maka

penghantaran ditunda lagi. Selesai juga semuanya semalam. Seperti yang dijanjikan, semua kos

penghantaran Pos Laju ditanggung oleh aku kecuali Abdul Hafiz coz dia sanggup ke bank untuk bank in

secara manual RM5.00 memandangkan mesin cash deposit Maybank xleh terima not RM5.00. He he..

Ini adalah senarai nama² pembeli The Hujan

Uk Release EP untuk 2nd Delivery. Sebarang masalah, boleh contact aku terus : 0125931850.

Terima kasih yang tak terhingga kepada korang semua kerana sanggup bersabar. Aku pun tak tahu mcm

mana nak balas kesabaran korang semua. Aku minta maaf kalau ada tersalah cakap, terkasar bahasa

atau menyinggung perasaan korang. Kalau nak ke gig-gig @ show Hujan, sms @ calling² lah. Boleh

kita jumpa. Jangan lupa bawa CD UK Release coz ruang di sebelah kiri tu memang khas untuk tulis apa²

dari Hujan. On behalf of Hujan, terima kasih kerana menyokong Hujan selama ini. tanpa raingers²,

siapalah Hujan…..

Eh, terlupa plak.. Ini lah makcik yang uruskan penghantaran Pos Laju korang. Aku hadiahkan dia beg

Era.Fm yang aku bawa lepas dia cakap :

“Banyak ni.. Kat kakak takder hadiah apa² ker….”

“Nah la, saya hadiah beg Era ni untuk kakak…”

Untuk up kan level & status beg tu lagi, aku pun tambah ayat :

“Beg ni saya dapat semalam, waktu show Era.Fm Tour di Klang. Hujan pun perform di sana…”

“Yer ker… Adik gi sana jumpa Fara Fauzana tak…”

Dalam hati :

“Farah Fauzana dah lama pindah ke Hot.Fm lah…”

He he he….

Thanks again… Have a nice day… 🙂

Best regards,

Mohamad Nadmin Sulaiman

Read Full Post »

Semuanya hari ni, Ahad 2 Mac 2008.

Aku hanya tau pasal di KOSMO , tetapi waktu turun nak beli, Mamat yg kerja kat

kedai tu cakap :

“Eh.. itu you punya kawan Hujan ada you tau ka…” dia cakap dlm loghat Bangla.

“I tau.. Nak beli la ni… Dalam Kosmo kan…” aku reply dalam loghat Kedah.

“Ya ya ya ya… Itu Harian Metro pun ada… ”

Terus aku beli dua-dua… Thanks kepada Mamat tu, kalau tak, aku pun tak tau yg Hujan

ada di dalam Metro jugak… 😉

Untuk di Kosmo, wartawan interview sebelum show Hujan di Ara Music Fest Vol. 1,

Melaka. Ini gambar waktu interview di dalam Ara Villa yang mmg chantek!!

wartawan Kosmo, Maliah Surip & Ag.
wartawan Kosmo, Sofiatul shima ( Opie ) & Noh.

Sesi bergambar pula sebelum show ( gambar atas pentas ) :

dan selepas show :

gambar di kereta Volkswagen adalah gambar Hujan dan geng-geng dari JB yang datang ke

Ara. Kereta durang mmg oldskool abis!!! Durang pun semuanya stylo-stylo.. 😉

Ini lah berita penuh pasal Hujan di dalam Kosmo, 2 Mac 2008. Memang best.. 2 page

citer pasal Hujan, dan 1 poster besar di depan. Ini gambar yang aku ambil, kalau nak

yg original, cari lah KOSMO cepat!!! Masih sempat… Heheheh… ^^

EMPAYAR HUJAN!!!!

HUJAN MENJADI TSUNAMI.

Pak Gad yang suka menyibuk.

So far, KOSMO lah yang paling ketara menyokong perjuangan musik Hujan. Contohnya,

KOSMO 21 Dec 2007, memaparkan tentang Hujan dan EP Check2 Rock2.

Secara tak langsung, raingers-raingers semua dapat mengikuti perkembangan Hujan,

isu-isu yang dikaitkan dengan Hujan, dan sebagainya. KOSMO hari ni menjawab banyak

persoalan mengenai Hujan. So, kalau korang nak faham, beli lah KOSMO hari ni. Aku tak

larat taip. 2 muka surat beb. Beli jer. Memang berbaloi…. Hehehe…

wartawan2 KOSMO support Hujan, aku support KOSMO!! yeahh!!

pasal Melodi pula, interview ni diadakan di backstage Hotfm Bigjam 2008,

23 Februari 2008 lepas. Yang interview Hujan, wartawan Melodi, Michelle.

Dulu, aku ingat Michelle ni garang, tgk dlm Melodi, isu smua panas2. Tapi dia mmg best,

professional sebab boleh layan Noh. Hahahaha… Nanti hampa faham lah….

Video sudah ku upload, check it out.

http://www.youtube.com/watch?v=Q3BBUsLE7PQ

Quality mmg sangat low sebab tangkap di skrin TV jer. He he he… Tengok sendiri

betapa slumbernya Noh. Hahaha…

Okay lah.. Dah pukul 8.00 malam… perut sudah lapar… Nanti aku update lagi.. Banyak

lagi nih…. Huhuhuh… Adios.. 😉

p/s: semua gambar adalah hak milik aku sendiri, kecuali gambar Hujan di KOSMO, 21 Dec 2007.

Read Full Post »

” HUJAN!! HUJAN!! HUJAN!! HUJAN!! HUJAN!! HUJAN!! HUJAN!! ”

Itulah sorakan selepas 2nd last band, Meet Uncle Hussein perform. Crowd di Melaka memang bestttt!!! itu lah kata2 bro dari band2 yg perform. Mmg supportive dan hyper active!! semangat semua band2 nak perform!! kesimpulan awal yang aku dapat buat :
so far, show yang paling best aku pegi di Melaka lah… sebanyak 20 lebih slam di lakukan semasa Hujan perform, 3 dari Noh, 1 dari Dugong, 1 dari Lan Meet Uncle Hussein, dan ramai lagi lah… crowd + raingers2 Melaka, korang memang best!!! ada yang dari JB, dari KL, dan lain2 tempat… ada yang dah janji untuk datang waktu show di UKM. respek lah raingers2 Hujan!!! 😉

Aku tertarik dengan seorang raingers, duduk di sebelah kanan pentas, dekat dengan Dugong.. dia bawa payung dan buka waktu Hujan perform.. you roxxx bro!!! 😉 gambar kau ada dalam video.. tunggu jer… 😉

Ini jer lah gambar2 yang aku sempat ambil lepas Tragedi Memory Card Error sebelum show bermula… =(

Check2 Rock2!!

 

Crowd + Raingers2 yang best gilaaaaaaa!!!

Amboobzeela

IY.AG Coco

Noh

“LUDAH!!!! AMERIKA!!!!”

Noh telah melakukan 3 slam waktu show ini.

Satu

Dua

Tiga

Sebab tu aku kata crowd + raingers2 di Melaka best!! Ramai lagi yang buat slam tapi aku tak sempat ambil gambar sebab memory sudah full… Apa2 pun, Ara Music Fest Vol. 1 memang berjaya lah. Band2 lain pun sangat best – OAG, Bau, Komplot, Xoofit, The Rhaman, Meet Uncle Hussein dan banyak lagi… 😉

Terima kasih kepada organizer atas layanan yang best. Terima kasih kepada semua band2 yang perform. Walaupun aku ni org luar, yang korang x penah kenal, tapi korang semua treat aku mcm kawan2 gak waktu di dalam Aravilla… salute semua!!!!! korang semua mmg roxxx!!! 😉

 

 

 

 

 

 

 

Read Full Post »

Selepas show di UKM, Hujan terus bertolak ke Melaka. Jam di dinding kereta menunjukkan pukul 2.00 pagi… selepas makan di RnR Seremban, kami semua meneruskan perjalanan ke Melaka. dalam kul 3 pagi yang gelap lebih sikit, kami pun sampai ke Ara… rupanya, dah biasa sound check lewat2 gini… waktu kami sampai, OAG tgh Sound Check..

banyak lagi band2 yang jadi burung hantu malam tu.. smua muka happy jer… aku tak kenal sangat coz ini 1st time aku join… apa2 pun, korang semua mmg besttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt… bro2 Komplot, Bau, Xoofit, The Rhaman, OAG, dan lain2 semuanya tak sombong… huhuhuh… excited betul aku… ini rupanya scene ug… tak sombong, peramah dan buatkan org luar mcm aku betul2 respek… salute!!

inilah gambar2 yg sempat aku ambil waktu Sound Check di Ara.

 

dugong tidak ada di dalam kebanyakan gambar kerana dia duk kat bawah sambil main bass. dia kata nak test wireles..

so, Sound Check di Ara berakhir dalam kul 5 pagi lebih lah.. lepas tu check in Aravilla, dan tido…. terima kasih kepada kakak urusetia yang chantek & bro Ash ( dari Bau ) yang uruskan semua ni… terima kasih sebab gerak kami bangun pagi untuk sarapan pagi…. 3 kali dia ketuk…

“Bangun makan sarapan dulu.. pastu nak sambung tidor pun boleh….”

terima kasih sekali lagi… 😉

p/s : kawasan di luar dewan & villa tu memang best… anginya sangat kuat, siang &

malam.. natural aircond.. he he..

Read Full Post »

Gigs ini menampilkan banyak band2 baru yang bagus2 jugak. Respek kepada yang band2 yang bertanding. Korang mmg best. Termasuk lah 1 band yang diwakili oleh adik2 kita. 😉

Terhina aku.. budak2 dah tahu main guitar, drum.. T_T

Selepas, semua band2 perform, Hujan sebagai band jemputan pun mulakan show. Semangat wor bila raingers2 + crowd2 menjerit “Hujan!! Hujan!! Hujan!!!”
Gigs kali ni bertambah best bila Noh minta organizer benarkan raingers2 + crowd masuk ke depan stage.. Baru best, jauh2 x semangat lah… Tapi, sekali Polis & Urusetia ( mcm security UKM jer ) masuk campur… Durang cakap, kalau crowd tak beri kerjasama, show akan ditangguhkan… ditangguhkan? he he he.. mcm mesyuarat la plak..

Apa2 pun, show diteruskan bila mana Pagi Yang Gelap dimainkan… Abang Polis yang garang pun jadi cool… lepas abis lagu Pagi Yang Gelap, crowd + raingers2 pun menjerit :

“WE WANT MORE!! WE WANT MORE!! WE WANT MORE!!”

Tetapi, durang hanya dapat Chipsmore yang dibeli di 7 Eleven Bandar Tasik Permaisuri, kerana Hujan terus siap2 untuk balik. Maybe kerana tak nak burukkan situasi kot.. Yerlah, abg Polis jalankan tanggungjawab dia, kita semua nak enjoy. So, datang jer lah gig2 Hujan yang lain okek…

bihun yang disediakan oleh organizer. sedap gila bihun ni…

raingers2 yang berdekatan dgn khemah band jemputan. sempat bergambar dgn Dugong yg kononya demam. jumpa awek terus baik.. dem…

echah dan kawan2 nya… ala ala. . kasi no hp plis…

semua buat hal masing2….

time ni, band terakhir sudah abis perform.. so, tak sempat nak interview oleh wartawan2 UKM…

sempat lagi possing… he he he…

abang Polis yang garang… harap maaf kepada raingers2… aku tak dak niat nak tolak.. tapi aku terpaksa blok.. sebab kalau sorang naik atas pentas, semua nak naik… terima kasih kerana beri kerjasama… apa2 pun, hampa semua mmg roxxxxxxxxxxxxx!!!

abis jer Hujan perform, semua serbu ke belakang pentas utk bergambar, beli CD EP dan dapatkan autograf…

sabaq sabaq…. 😉

beli jangan tak beli… raingers2 ni aku jumpa di Stadium Bola Sepak Cheras lagi.. huhuhuh… baguih hampa semua. teruskan support Hujan!!!

p/s: adik Cheras, jgn marah naaa… XD

haiiii… single lagi ker… he he he… ( aku cakap dlm hati ja )

yearghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!! Noh makan coklat apa ntah, sampai lidah biru…

Gigs di UKM berakhir lebih kurang kul 12 tgh malam kot.. Hujan bergambaq apa semua, dlm 12 lebih baru abis… lepas show di UKM, terus shoot ke Melaka untuk Sound Check di Ara…. to be continue…..

p/s: baru aku teringat.. ada yang complain kena baling dengan air putih, melekit2…

seluaq aku pun kena…. ada yang baling kayu kecik2 pun ada… kepada yang buat begitu,

confirm bodoh + nakkan perhatian.. kesian.. kecik2 kena dera, dah besaq jadi poyo.. 😉

Read Full Post »